Home Hiburan Selepas Bercerai Dengan Diana Danielle, Ini Kehidupan Terkini Farid Kamil Buat Ramai...

Selepas Bercerai Dengan Diana Danielle, Ini Kehidupan Terkini Farid Kamil Buat Ramai Sebak

444
0

Pelakon Farid Kamil mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi momen menyertai kumpulan jemaah tabligh. Selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun bersama isteri, Diana Danielle berakhir semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Farid dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 42 tahun itu dilihat sedang ‘bersuluk’ sambil disaksikan beberapa jemaah lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan kamu semua bahagia di dunia dan akhirat. “Kita boleh merancang, kita boleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa (Allah),” tulisnya.

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz yang dipercayai sebahagian daripada proses bersuluk.

Ketika kain serban itu dililitkan di kepalanya, kelihatan bapa kepada dua orang cahaya mata itu tersenyum gembira sambil disaksikan beberapa jemaah lain yang dilakukan di sebuah masjid.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan agar Farid sentiasa istikamah dan tenang berdepan dengan ujian yang menimpanya.

Previous articleRiena Riana Kembali ‘Single’, Hati Masih Belum Terbuka Untuk Bercinta Lagi
Next articleKecewa Dengan Sikap Amir, sekali Amy Ukays Luah Rasa Sedih Terhadap Persahabatannya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here