Home Hiburan “Selepas Beberapa Kali Keluar Masuk Hosp1tal Dari Umur 4 Bulan,” – Anak...

“Selepas Beberapa Kali Keluar Masuk Hosp1tal Dari Umur 4 Bulan,” – Anak Alami ‘Dupl3x Kidn3y’, Pelakon Erynne Erynna Mohon Doa Ramai

398
0

Pelakon, Erynne Erynna memaklumkan puteri sulungnya, Medinah mengalami masalah ’Dupl3x Kidn3y’ dan bakal menjalani pemb3dahan, hari ini.

Kongsi Erynn, Medinah mengalami masalah kesihatan tersebut seawal usia empat bulan dan sudah lebih setahun menjalani pemeriksaan berkala di hosp1tal.

WhatsApp Image 2022 01 27 at 11.01.00 AMWhatsApp Image 2022 01 27 at 11.01.00 AM 2

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

“Salam semua, Erynne just nak share yang Medinah akan menjalani pembed4han esok pagi (hari ini). Pada yang tidak tahu atau tertanya tanya Medinah s4kit apa sebenarnya.

“Hari ni erynne nak kongsikan di sini yang Medinah mempunyai “Dupl3x Kidn3y” dan disebabkan itu dia kerap kene UTI (urinary tract infection) dan boleh meros3kan buah pingg4ng dia,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Sambil memanjatkan doa, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini turut reda atas ujian yang diterima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)


“Jadi selepas beberapa kali keluar masuk hosp1tal dari umur 4 bulan, pergi checkup, appointments, tests dan akhirnya inilah jawapannya.

“Alhamdulillah. Sekarang kami hanya mampu berdoa, berserah, redha dan tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Segalanya.

“Erynne sekeluarga ingin minta tolong kalian untuk doa yang terbaik buat Medinah. Dan kami hargai sangat jasa baik kalian semua yang sentiasa mendoakan, berkongsi ilmu dan memberi kata kata semangat pada kami, syukur ya Allah.

“Erynne doakan segala yang terbaik buat semua. Ya Allah, lindungilah anak ku dan permudahkanlah segalanya. #medinahsjourney,” tulisnya lagi.

Sementara itu menerusi hantaran Instagram yang dikemas kini, bintang berkenaan memaklumkan permata hatinya itu sudah pun berada di dewan pembed4han.

Untuk rekod, Erynne mendirikan rumah tangga bersama Afify Sazali pada 17 April 2019.

Selepas itu, pelakon berusia 24 tahun ini selamat bergelar ibu selepas melahirkan Medinah secara normal pada 9 Ogos 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)


WhatsApp Image 2022 01 27 at 11.01.01 AMWhatsApp Image 2022 01 27 at 11.01.01 AM 2

 

Foto: Instagram Erynne Erynna via MH

Previous article“A Day With Y0u,”- Bek4s Su4mi Nadia Brian N4k Mengor4t Fatin Afeefa?
Next article“Bersemut phone wehhh,,” – Video ‘cover’ Purnama Merindu Azzam Sham dan Sheryl Shazwani cvri perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here