Home Dunia “Selamat kawin dua baru sibuk nak panggil bincang…” – Syamsul Yusof dilabel...

“Selamat kawin dua baru sibuk nak panggil bincang…” – Syamsul Yusof dilabel lelaki tak ‘gentle’

237
0

Setelah panas di media sosial mengenai isu Syamsul Yusof telah melangsungkan perkahwinan kedua dengan Ira Kazar. Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi respons selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pengakuan bahawa telah selamat menikahi Ira Kazar di Thailand hari ini.

Terdapat beberapa perkara kurang tepat diperkatakan oleh suaminya sekali gus dia perlu menjelaskan fakta sebenar.

Menurut Sarah, dia sudah memberi peluang sepanjang empat tahun untuk berbincang mengenai berkahwin dua tetapi suaminya pula seolah-olah bertindak seperti ‘mangsa keadaan’.

“Pelik, selepas empat tahun perkara ni berlaku.. I bagi peluang untuk you bercakap tapi you tak bercakap apa pun. Banyak kali i tanya nak kahwin dengan dia ke tak? Tapi you kata tak nak.”

“Bukan dengan I je, dengan ahli keluarga.. sepupu semua. Tapi you kata takkan berkahwin dengan dia. Sebab apa I suruh kahwin? Sebab I tak nak bersubahat, maksiat You buat tu lah,” Ujarnya

Sarah berkata, suaminya juga telah menyekat nombornya di aplikasi WhatsApp sejak setahun lalu membuatkan dirinya mempersoalkan bagaimana untuk dia pulang berbincang soal kemelut rumah tangga.

Tambahan lagi, Puteri Sarah turut menjelaskan dia terpaksa tinggal serumah bersama ibu bapa serta mentua oleh kerana mempunyai dua cahaya mata yang masih kecil.

“Sebab I perlu orang menjaga dan membesarkan anak-anak bersama dengan I. You takde, You tinggalkan kami. I terkontang kanting, terpaksa menjawab soalan anak-anak. Mana ayah diaorang?

“Lepas ni, kita selesaikan semua ni kat dalam mahkamah. I tak nak tanggung beban seorang diri menjawab soalan anak-anak,” ujarnya.

Tindakan You sekarang adalah I rasa sebagai lelaki pengecut. You dah kahwin apa semua, baru keluar di media sosial dan salahkan I.

“Kalau tak nak jumpa I takpe, you patut bincang dengan ibu bapa kedua-dua pihak. Padahal banyak kali you menafikan tak nak perempuan tu. Jadi sekarang ni hal dah jadi terbalik, berhenti salahkan I,” katanya.

Diharapkan kemelut rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat diselesaikan dengan baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga perkara ini menjadi tauladan kepada semua. Jangan lupa komen yang baik-baik yaaa

Previous articleBaru Je Syamsul Yusof Umum Nikahi Ira Kazar, Kali Ini Ibu Pula Beri Respon
Next articleTidak Tahan Dikecam Netizen Malaya, Jay Chou Rela Tangguh Konsert Di Stadium Bukit Jalil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here