Home Hiburan “Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan...

“Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan Dia…,” – Shuib Teringat Memori Indah Fasa Awal Kahwini Arw4h Siti Sarah

183
0

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Selasa.

Rancangan tersebut telah membincangkan topik ‘Manjakan Isteri Ikut Rasulullah’ bersama para penonton bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul 1443 Hijrah.

WhatsApp Image 2021 10 21 at 12.35.31 PM 1WhatsApp Image 2021 10 21 at 12.37.09 PM

Menerusi perkongsian yang diadakan secara maya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi cerita kisah rumah tangganya bersama dengan arw4h isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Pada ketika di awal fasa perkahwinan, bapa kepada empat orang cahaya mata ini mengakui berasa j4nggal dan terpaksa untuk memanjakan isterinya, sebelum ini.

“Saya ni kalau nak ceritakan pasal arw4h ni, orang nampak macam saya yang memanjakan dia tapi sebenarnya pada awalnya saya merasakan macam saya terp4ksa memanjakan dia sebab di awal perkahwinan tu saya rasa manja dia tu macam lain sangat.

“Sebagai seorang lelaki budak kampung, saya rasa tak tahu macam mana nak manjakan dia dan lagi satu saya ni anak tunggal jadi saya dah biasa sendirian, keluarga itu tidak besar jadi bermanja-manja tu kurang dalam keluarga saya.

“Jadi saya rasa benda tu mula-mula agak j4nggal, tapi lama-kelamaan saya cuba untuk memahami sifat isteri saya yang sangat manja. Jadi itu sifat dia dan lama-kelamaan saya pun dah terbiasa,” luahnya.

WhatsApp Image 2021 10 21 at 12.35.32 PMWhatsApp Image 2021 10 21 at 12.35.32 PM 1

Dalam pada itu, Shuib berkata sebagai seorang suami harus memanjakan isteri untuk melahirkan keikhlasan dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

“Selepas sudah menjadi kebiasaan untuk memanjakan isteri, saya rasa mungkin bila kita selalu memanjakan isteri secara automatiknya ikhlasnya kepada kita lebih tinggi.

“Jadi dari situ mungkin cara dia mendoakan saya, sanggup hidup bersama dengan saya walaupun pada masa itu saya susah, dia tak kisah dan lalui hidup itu bersama-sama dengan saya.

“Walapun pada awalnya saya rasa terp4ksa untuk manjakan dia, tapi lama-kelamaan keikhlasan itu hadir,” katanya.

WhatsApp Image 2021 10 21 at 12.35.30 PMWhatsApp Image 2021 10 21 at 12.35.31 PM

Terdahulu, Sarah yang telah dis4hkan positif Cov1d-19 terp4ksa dit1durkan sebelum menj4lani pemb3dahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandung4nnya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembvskan naf4s terakhirnya di Unit Raw4tan R4pi (1CU), Hosp1tal Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jen4zah dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Foto: Instagram Shuib, Siti Sarah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Ini Seperti Rezeki Bulan Kelahiran…”- Tya Arifin & Suami Mengerjakan Umrah
Next article“Saya Solat Istikharah, Esoknya Beritahu Ibu ‘Proceed’ Hantar Cincin,” – Tak Jumpa Hanya Bertentang Mata, Zalif Sidek Kongsi Soal Jodoh Dengan Anis Marzuki
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here