Ber4t mata memandang, ber4t lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan kehidupan seorang ibu tunggal yang menjaga empat anak lvmpuh akibat peny4kit saraf.
Ibu tunggal, Rosanani Salleh menampung kos sara hidup dengan hanya menjual lemang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan.
Suaminya, Razali Othman yang meningg4l dunia pada 2009 turut menghid4p penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Jelas Rosanani, empat anak daripada lapan beradik itu tiba-tiba diser4ng peny4kit saraf ketika masing-masing sudah berusia 20an hingga 30an.
Sebelum itu mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa, masing-masing telah bekerja namun tiba-tiba s4kit.
Tiada s1mptom yang jelas, malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur, tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lvmpuh seluruh badan.
Dengan kudrat yang ada, ibu ini cekal menjaga anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, anak kelima, Mohd Marsudi, dan anak keenam, Mohd Aismuddin, yang memerlukan penjagaan rapi.
Manakala, anak sulungnya, Rozanariah, 43, yang sudah berkahwin tinggal ber4singan dan dijaga oleh suami dan anak-anaknya.
Rosanani yang tinggal di Kampung Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu berkata, pakar perubatan di hospital memaklumkan anak-anaknya ti4da harapan untuk sembuh.
Siang malam saya berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Saya sangat ris4u kalau saya sudah ti4da nanti, siapa akan menjaga mereka.
Katanya lagi, anak-anak adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang. Tetapi, ianya tidak cukup kerana kos membeli lampin dan ub4t-ub4tan sahaja melebihi RM1,000.
Pada waktu pagi, dia menguruskan anak-anak terlebih dahulu. Persiapan berniaga lemang dibuat bermula jam 11 pagi setiap hari.
Kredit: Bernama | Berita Harian
Sumber: OhMedia,https://newspartnerlive.com/