Home Hiburan “Sayang Nak Buang Babak Yang Sudah ‘Shoot’,” – Versi ‘Panjang’ Kisah Cinta...

“Sayang Nak Buang Babak Yang Sudah ‘Shoot’,” – Versi ‘Panjang’ Kisah Cinta Kita Boleh Ditonton Di YouTube

179
0

Atas sambutan baik yang diterima terhadap drama Kisah Cinta Kita (KCK), penerbit Datuk A Aida mengambil inisiatif untuk menyiarkan babak yang tidak ditayangkan di televisyen di saluran YouTube A.Aida Production bermula jam 6 petang, sejak semalam.

Menurut A Aida, meski drama 28 episod itu sudah berakhir kelmarin, namun pihaknya masih mendapat banyak permintaan daripada penonton yang mahukan drama itu ditayangkan semula.

1C4ED2B3 BC07 4697 90FC B1CB2ACAF347

8F5E58E9 8DBB 4A80 BABE 1476B1CCC089

“Memandangkan setiap episod terdapat babak yang penyunting terpaksa potong sebab tidak mahu ‘overrun’ di kaca TV, jadi saya putuskan untuk siarkan babak itu di YouTube. Sekurang-kurangnya penonton masih boleh terus mengikuti cerita ini.

“Dalam masa sama, kami nak tunjuk yang mana babak yang sudah dibuat itu juga menarik. Tapi disebabkan had masa ditetapkan stesen TV iaitu 43 minit setiap episod, jadi kita tidak boleh siarkan.

“Pendek kata ini adalah hadiah buat semua penyokong drama ini,” katanya.

Bagaimanapun, tayangan di YouTube itu hanya membabitkan 26 episod sahaja, kecuali episod lima dan sembilan.

775B1B53 B0D3 4D99 B23F 29F665431455

F11CDC6B EAD9 4F7B 88B7 7C773481915E

“Sayang nak buang babak yang sudah ‘shoot’. Cuma, episod lima dan sembilan saja tidak ada yang ‘overrun’.

“Episod selebihnya ada banyak. Jadi, kalau di kaca TV ada 28 episod, di saluran YouTube hanya 26 episod,” katanya lagi.

Terdahulu, drama lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson itu diperkatakan ramai sejak ia mula bersiaran pada 26 November lalu di slot Akasia, sekali gus menjadi ‘trending’ di Twitter.

Disebabkan itu juga, A Aida merancang untuk menerbitkan KCK musim kedua selepas ini.

73656B86 4501 46F6 B2CA EE4493A20B2D

A45B8AB4 7F2C 4905 B911 03D70842A40A

“Allhamdulillah, terima kasih pada semua peminat KCK. Insya-Allah kita cuba cadangkan KCK2, harapnya pihak TV3  bagi lampu hijau,” katanya.

Selain Aedy dan Amelia, KCK turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maria Farida, Khaty Azean dan Ikmal Amry.

Sementara lagu tema drama ini dinyanyikan Usop berjudul Sejarah Cintaku serta dua lagi lagu lain iaitu Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip dan Ernie Zakri) dan Duri (Ahmad Syafiq).

E9E92C65 C551 40D6 8E5C 81B5F40D2FEF

Sumber: MH

Previous articleAnak Baru 5 Bulan, Isteri Sedang Hamil 4 Bulan… Tahniah! Opick Bakal Sambut Zuriat Ketujuh
Next article“Nervous, tak lama saja lagi,” – Ernie Zakri jumpa Tokti, sempat minta tips bersalin
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here