Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel mengakui bahawa sehingga kini dia tidak pernah terfikir untuk melakukan penipuan terhadap isterinya, Wawa Zainal kerana dia tidak mahu menghancurkan kepercayaan yang telah terbina.
Apabila ditanya oleh media mengenai bagaimana dia menangani godaan dari pihak ketiga, Aeril menggambarkan Wawa sebagai pelengkap hidup yang sudah sempurna sebagaimana adanya.
“Saya beruntung sebab Wawa cantik di mata saya. Apa pun saya tidak pernah ada niat yang macam tu (ada orang ketiga), tetapi kalau ada ‘bisikan’ yang tidak baik saya akan ingat pada anak-anak…”
“Sama ada wujud atau tidak cubaan orang ketiga… saya pun tidak boleh nak jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?…”
“Cumanya kalau kita tidak memulakan, perkara itu tidak akan menjadi, betul tak?…”
Malah, bapa kepada empat anak itu juga meyakini pada takdir.
“Saya lebih senang untuk memikirkan masa depan. Saya juga tak mahu rosakkan apa yang dibina ini dengan kesilapan diri sendiri. Saya pun yakin, Wawa pun akan buat perkara sama memandangkan dia seorang yang setia…”
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.