Sejak akhir-akhir ini beberapa lagu latar popular digunakan menerusi aplikasi TikTok. Video dengan pelbagai situasi digunakan dengan lagu-lagu yang ada di aplikasi tersebut membuatkan ia ulang-ulang didengar.
Ini menyebabkan lirik lagu tersebut terus ‘melekat’ dalam fikiran dan membuatkan si pendengar turut menyanyi runut bunyi itu. Biarpun ada sesetengahnya bukanlah lagu komersial, namun jika didengar berulang kali boleh jadi popular juga.
Antara yang popular di TikTok kini adalah lagu dengan lirik ‘Burung puyuh burung ketut’. Liriknya sahaja sudah agak aneh, namun rupa-rupanya lagu ini adalah dari pantun yang dihasilkan oleh seorang gadis dari Indonesia.
Dari video pantun, kemudiannya ia disunting menjadi lagu dan seterusnya telah mendapat perhatian umum. Pereka lirik ini adalah gadis dengan nama Dhila JM.
Baru-baru ini gadis terkenal dengan lagu ‘burung puyuh burung ketut’ ini telah menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program temubual. Berikut adalah gelagat selamba gadis ini:
Perkongsian rakaman tersebut telah buatkan ramai terhibur dengan gadis ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Lagunya hot bukan di Indonesia saja, tetapi di Malaysia pun hot”
“Akhirnya masuk TV”
“Saya ulang dekat 10x ni..Masih tak tahan gelak tengok ekspresi muka abang yang last tu”
“Lawak asal budak ni bukan dibuat2”
Sumber: HCL