Tular di media sosial mengenai kema.langan yang berlaku malam tadi, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam yang melibatkan 10 orang ma.ut, termasuk ibu kepada Faiz dan 8 daripadanya merupakan adik-beradik Faiz.
Menerusi laporan Harian Metro, Faiz, 14, merupakan anak kepada mangsa kemalangan, iaitu Norul Naziah, tidak dapat menahan kese.dihan selepas kehi.lan.gan ibu dan lapan adik-beradiknya serentak dalam kemalangan tersebut.
Tak sangka, kelmarin merupakan hari terakhir berjumpa dengan ibu
Faiz yang sebak. (Foto: Harian Metro)
Ke.malan.gan yang berlaku jam 11.45 malam tadi telah meragut nyawa ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan adik-beradiknya yang lain selepas Proton Wira yang dinaiki keluarganya terpe.rosok di bawah sebuah treler.
Seorang lagi mangsa yang me.nin.ggal du.nia ialah pemuda bernama Muhamad Rahimi Rolex, 27 tahun.
Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya. – Faiz
Suami kepada Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50 tahun terselamat dalam kemalangan itu dan tiga ma.ng. sa lain hanya mengalami kec.ede.rfaan.
Mang.sa tanya soalan pelik kepada adiknya
Lebih mendukakan, adik kepada Norul Naziah yang dikenali sebagai Nurul menyatakan, seminggu sebelum pemergian kakaknya, man.gsa ada menanyakan soalan yang pelik kepadanya.
Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya.
Menurut Nurul, Norul Naziah ada mengirimkan mesej dan audio di WhatsApp pada jam 10.18 malam tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kahwin di Melaka. Mesej itu memberitahu bahawa kereta mereka rosak selepas dimasuki air aki.bat dari hujan lebat dan banjir.
Saya katakan padanya (Norul Naziah) supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam ke.mal.an.gan serta meni.gg.al du.nia di tempat keja.d.ian.
Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut me.nin.ggal dunia dan hanya abang ipar saja terselamat.
Nurul tiba di tempat ke.ja.dian pada jam 12.46 malam tadi tetapi tak sanggup nak lihat keadaan kakaknya itu dan terus bergegas ke Unit Forensik H.osp.ital Shah Alam.
Memang se.bak dengan berita pe.mer.gian keluarga ini. Semoga adik Faiz dan ayahnya kuat dengan ujian yang melanda mereka. Semoga ma.ng.sa-ma.ng.sa k.e.jad.ian ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah diucapkan buat Faiz sekeluarga.
Kredit: Harian Metro
Sumber: OhMedia