“Saya tak berniat, tpi…” Vida Mohon Maaf Terbuka Kepada Anuar Zain, Ingin Jumpa In Person- ‘Saya minat Lelaki Ini’

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada penyanyi Anuar Zain susulan isu video yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Dalam hantaran video di Instagramnya, Vida, 51, memohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati termasuk keluarga Anuar.

“Saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeli.ruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin menggu.ris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gu.rauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak recall balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang muncul,” katanya.

Malah, pelantun lagu I Am Me itu juga berhasrat untuk bertemu dengan Anuar secara peribadi.

“Apapun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat Lelaki Ini. Tapi jadi keke.ruhan macam ni…. keka.lutan.

“Apa lagi yang saya dapat ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada, insya-Allah,” tambah Vida.

Terdahulu, tular sepotong klip video di TikTok mengular siar rakaman IG Live Vida yang membalas pertanyaan peminat agar mendekati pelantun lagu Keabadian Cinta itu.

Secara berbisik, Vida seakan-akan membalas pertanyaan itu dengan menyebut perkataan tidak sepatutnya hingga mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Kakak kepada Anuar, Ziana turut membidas tindakan Vida dan menganggap ia kenyataan berbaur biadab di ruang komen video TikTok yang viral itu.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*