Home Hiburan ” Saya Seg4n Nak Terima Tapi Akhirnya Tewas ” – Bukti Sahabat...

” Saya Seg4n Nak Terima Tapi Akhirnya Tewas ” – Bukti Sahabat Sejati, Mila Jirin Hadiahkan Majlis Sanding Untuk Heliza & Suami

185
0

Pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan berkonsepkan ‘Malam Islamik’ pada Sabtu.

Berlangsung meriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, majlis persandingan itu merupakan hadiah dari rakan baik Heliza, Mila Jirin.

nurhelizahelmi 272245274 671446527215632 1510778773521967497 n

Majlis itu juga meraikan simbolik 15 tahun persahabatan Heliza dan empunya empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre itu.

Bercerita lanjut, Heliza pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang berputik sejak menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).

“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.

“Siapa tak kenal dia memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.

“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya. Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.

Pada majlis persandingan itu, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam dan putih.

aqo imran 272473913 353014449699348 5388234923890007311 n

“Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.

“Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya. Tapi saya meraikan cadangan itu,” katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.

Terdahulu Heliza mengejutkan ramai pihak sekali gus membuka tirai tahun 2022 pada 1 Januari lalu dengan melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan berstatus jutawan itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sumber: Gempak

Previous articleJejaka Umur 28 Tahun Suami Baru Syura, Dah Kenal 5 Tahun – “Saya Bernikah Dgn Lelaki Bujang & …”
Next articleAliff Aziz Juara GV8, Ini Hadiah Yg Dibawa Pulang. Sekali Reaksi Bella Jadi Perhatian!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here