Menerusi satu klip yang berdurasi beberapa saat. seorang netizen yang meminati drama viral melayu menayangkan satu klip dari salah satu episod dalam drama yang menjadi kegilaan ramai iaitu ‘Jangan Menangis Cinta’ yang ditayangkan di Astro. Lakonan hebat dari Remy Ishak dan Amyra Rosli membuatkan drama tersebut menjadi perhatian ramai. Pelbaai kisah suka dan duka dipertonton dan menguji emosi untuk mereka yang menonton dram tersebut. Berikut merupakan satu klip dimana pelakon utama yang dilakonkan oleh Amyra Rosli yang memegang watak sebagai Riya yang asyik dibvli di rumah kerana dianggap tidak setaraf akhirnya melontarkan suara sehinggakan ahli di dalam rumah tersebut yang merupakan nenek,ibu mentua dan biras beliau terdiam.
Difahamkan melalui rakaman tersebut, Riya yang mempunyai sikap yang cukup lembut dalam bebrbicara dikawinkan dengan lelaki yang kaya dan perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu kepada suami beliau dan akhirnya beliau sering dibvli oleh ibu mentuanya tanpa pengetahuan suami beliau. Pada ketika beliau mengambil barang yang tertinggal di luar rumah, beliau diasak dengan pelbagai persoalan dari ibu mentuanya dan ahli keluarga yang lain. Ibu mentua beliau menanyakan bahawa barang yang beliau ambil darpada seseorang itu terlalu mahal sangat sampai harus dicepatkan dan jawapan Riya membuatkan semua yang berada disitu terpaku. Riya yang bersahaja dan masih mengukir senyuman kerana masih meghormati mereka membalas dengan menyatakan bahawa beliau bergegas untuk mengambil tafsir al-quran sahaja. Riak wajah mereka yang terdiam setelah mendengar penjelasan dari Riya membuatkan para netizen berpuas hati kerana Riya sanggup membalas pertanyaan tersebut.
Tontonan penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Laili mirna zaini:malulah tu..
@Izzyisme:kat dunia mungkin xberharga beribu2, tapi di Akhirat jauh lebih bernilai dari emas berlian
@hi crush:Ha kan dah kene geram aku ngan 3 org ni
@mintchocolover:3:HAHAHAHA makan dalam.mat
@anakcendawan:HAHAHAHAHAH TERCIDUKKK
@Am ke tu:“Nampak macam org masjid gitew”HAHA
@jisooyaaa:”berapa ribu harga dia” HAHAHAHHA
@Ainanabiilah:koyak rabak makcik and the geng tu . part ni pakai g aku puas hati
Sikap Riya yang masih bersopan santun dan menghormati orang tua walaupun diherdik ker4s harus dijadikan contoh untuk para wanita diluar sana. Hal ini kerana kesabaran merupakan kunci bagi seorang wanita yang menggambarkan keperibadian. Namun, sebagai seorang wanita juga semestinya kita menegakkan kebenaran dan tidak seharusnya berdiam diri sehingga terus dilukakan. Lakonan yang hebat dari Amyra walaupun telah bergelar ibu kepada dua orang anak dan teruskan menonton perjuangan Riya dalam drama tersebut…
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram