Home Hiburan “Satu-Satunya Girl Yang Ged1k Aku Boleh Terima” – Netizen Tak Melu4t, Suka...

“Satu-Satunya Girl Yang Ged1k Aku Boleh Terima” – Netizen Tak Melu4t, Suka Ged1k Manja Ella

164
0

Kehadiran ratu rock negara, Ella Aminuddin sekali lagi sebagai juri tetap The Masked Singer Malaysia 2 ternyata disukai netizen.

Terkenal sebagai seorang yang manja, Ella menjadi antara juri paling dinantikan netizen untuk memberikan komen kepada bintang-bintang The Masked Singer Malaysia 2.

Sudah semestinya gelagat Ella sewaktu memberikan komen menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya menyukai gaya ‘g3dik manja’ ibu saudara kepada penyanyi Kaka Azraf ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Selain itu, banyak komen-komen lucu diberikan netizen sebagai tanda terhibur dengan telatah Ella.ella

Selain Ella, The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

Sumber: Gempak

Previous article“ Tak Sabar Nak Tengok Baby Emir Amirah ‘Junior’…” – ‘Baby Bvmp’ Sudah Jelas Kelihatan, Peminat Mira Filzah Teruja
Next article“Dar4h Dekat B1bir I Tahu You Tah4n S4kit,” – Bola Boling Hemp4p Muka, Jinggo Puji Semangat Sheila Rusli
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here