Pelakon Rozita Che Wan mewakili barisan pelakon drama Tahyul tampil memohon maaf kepada pelakon berbakat besar, Farah Ahmad yang terkil4n apabila namanya tidak disenaraikan dalam kredit akhir drama tersebut.
Rozita atau lebih mesra dengan nama Che Ta telah membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah perkongsian di Instastorynya baru-baru ini.
Kami dari kru pelakon-pelakon Tahyul memohon maaf di atas ‘terlepas pandang’ pihak penyunting kerana nama Farah Ahmad tiada dalam senarai nama-nama pelakon Tahyul.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian tersebut, Che Ta menegaskan bahawa watak Nyai Eseh yang dilakonkan Farah itu tidak mempunyai babak yang banyak namun tetap memberi kesan dalam memantapkan penceritaan drama tersebut.
Dalam pada itu, Che Ta turut menyuarakan rasa penghargaannya atas kesudian Farah untuk menerima tawaran melakonkan watak Nyai Eseh itu walaupun terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur dari Perlis.
Tambah Che Ta lagi, dia sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan kru T4hyul dan secara peribadi mengharapkan supaya akan ada rezeki untuk bekerjasama lagi dengan Farah pada masa akan datang.
Sekadar info, Farah Ahmad sebelum ini meluahkan kekec3waanya apabila namanya tidak disenaraikan dalam kredit akhir drama tersebut namun dia bersyukur kerana penerbit dan produksi masih ada nilai empati menyelesaikan perkara tersebut.
Sumber:https://beautifulnara.com/