Home Hiburan “Rotan Tu Masih Ada..”- Mas Idayu Belasah Black Pakai Rotan, Black Patahkan...

“Rotan Tu Masih Ada..”- Mas Idayu Belasah Black Pakai Rotan, Black Patahkan Depan Netizen Saksi Kejayaan Jd Juara

197
0

Menerusi satu klip yang pernah diviralkan suatu ketika dahulu mengenai selebriti tanah air yang mempunyai suara yang cukup unik dan sedap didengar hingga kini, Black Hanifah menjadi perbualan ramai apabila klip lama beliau saat beliau menjadi juara dalam rancangan ‘Mentor’ mengejutkan para netizen dengan kelakuan beliau yang cukup berani untuk mematahkan rotan milik Mas Idayu di depan khalayak ramai. Mas Idayu selaku mentor untuk Black Hanifah dikatakan mempunyai sifat yang tegas dalam mengajar ilmu nyanyian kepada anak buah beliau membuatkan Black sampai kini masih menjadi penyanyi yang diminati ramai.

Klip tersebut ditayangkan apabila Black Hanifah berjaya membuktikan kepad mentor beliau iaitu Mas Idayu bahawa beliau mampu bertahan sehingga ke perjuangan akhir dan kata kata beliau ditunaikan apabila beliau mampu menjadi juara dalam rancangan ‘Mentor’ pada ketika itu. Beliau diajar oleh Mas Idayu dalam suasana yang cukup tegas dan kasar kerana ramai mengatakan bahawa Mas Idayu akan menggunakan rotan ‘sakti’ beliau sekiranya pelajar beliau melakukan kesalah supaya dapat memberi satu pengajaran untuk waktu yang akan datang. Cara ajaran beliau semestinya lain dari sudut pemikiran mentor yang lain namun cara beliau begitu berkesan kepada Black kerana Black mampu membuktikan kepada semua bahawa usaha mentor beliau yang ingikan beliau berjaya tercapai jua.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@Rafiqlatif:Rindu gile season ni masa ni semua takda nak pikir goodlooking ke tidak yang diangkat bakat dan kerja keras

@Zackamer31:time2 ni pgacara2 mmg dari bidang pengacaraan.

@Azreen Wardah:dalam banyak2 black la pun yang paling popular sampai sekarang..juara yang lain2 semua kelaut dalam balik

@hanychhh:aku suka mentor sbb mmg nampak hasil didikan guru musik dlm industri kita…itu namanya kualiti nampak hasilnya

@Haniey:paling teruk black kena .kena rotan masa ni time dia menang aku jerit

@Jebon:Mummy ni garang dia aku boleh terima. Sebab aku tahu hati dia ni lah hati yang sebaik baik ikhlas mengajar.

@KStark:Gila ah black…cam mana ah dia bleh tahan mental dgn mas idayu sbgi mentor dia…sampai juara kot

@manager of chair:mana yang hina mas idayu?????? tanpa mas idayu black buka sape ii bro

@cepatkoyakp:dulu awai2 menagis rasa bersyukur, dah jadi kaya belagak nak mampoih

Ketika nama Black Hanifah diumumkan sebagai juara di rancangan ‘Mentor’ pada musim tersebut, Black seakan terkejut dan beliau memandang mentor beliau iaitu Mas Idayu untuk turut berada di pentas. Mas Idayu yang dibualkan sebagai ‘cikgu sejarah’ buat Black menghulurkan rotan sakti beliau dan penyaksian dari para netizen, Black Hanifah mematahkan rotan tersebut kerana itu merupakan salah satu perjanjian beliau dan mentor beliau jika beliau mampu menjuarai rancangan tersebut. Menurut para peminat Blac, rotan tersebut masih disimpan oleh penyanyi itu kerana itu merupakan satu kenangan pahit manis beliau sebelum beliau mampu menjadi penyanyi seperti beliau yang sekarang ini dan beliau berterima kasih kepada Mas Idayu kerana berkat ajaran mentor beliau, beliau mampu menandingi para penyanyi yang lain dan tampak unik di mata para peminat beliau.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Abah Setuju Je Kalau..”- Pak Mentua Bg ‘Greenlight’ Kawin Lain, Adik Ipar Jadi Batu Api
Next article“Mulut Mak Memang Jahanam Kan..”- Mak Mertua Mulut Puaka Kena Sindir Punca ‘Tak Lekat’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here