Home Isu Semasa Rmai Trkejut Adam Lee dan Sweet Qismina Upload Gmbar ats pelamin- “Happy...

Rmai Trkejut Adam Lee dan Sweet Qismina Upload Gmbar ats pelamin- “Happy birthday cik tunang”

407
0

TIADA angin tiada ribut, secara tiba-tiba peminat pasangan romantis Adam Lee dan Sweet Qismina dike.jutkan dengan berita pertunangan mereka pada Ahad.

Memilih 24 Oktober sebagai hari istimewa, Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi selamat menjadi tunangan Adam pada sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24.Umum mengetahui Sweet dan Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, mula menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga tahun lalu.

Menerusi muat naik di laman sosial pasangan yang segak mengayakan baju songket berwarna biru muda itu turut berkongsi foto yang memperlihatkan sekitar majlis pertunangan mereka dengan hastag #AdamSweetEngagementDay.

Malah Adam sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada tunangnya itu.

sweet

Tarikh dan perancangan perkahian Adam Lee dan Sweet Qismina belum ditentukan lagi.

“Terima kasih kepada anda yang beri ucapan kepada kami.

“Tapi saya nak wish happy birthday cik tunang,” – ujar Adam menerusi video ringkas di Instastory.

Sementara itu, Sweet yang dihubungi berkata keputusan untuk bertunang adalah fasa dan mukadim4h buat hubungan mereka pergi lebih jauh.

Tambahnya, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meng.ikat tali pertunangan selama setahun, namun belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis pernikahan mereka nanti.

Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.

ADAM LEE

PELAKON

“Peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin.

“Jadi ini sebagai muk4dimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya.

“Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.

“Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula,” katanya.

Majlis yang berlangsung petang tadi di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu dalam kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Dalam pada itu, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan tersebut sampai ke jenjang pelamin.

“Alhamdulillah happy tengok awak berdua disatukan semoga sampai ke jenjang pelamin”

“Alhamdulillah akhirnya, lepas ni lagi tak sabar nak tengok berlakon bersama.

“Tahniah weh… diam-diam aje dah bertunang” ujar Hafidz Roshdi dan beberapa netizen.

Pasangan ini mula bercinta selepas digandingkan dalam drama Adam Chempaka yang ditayangkan pada tahun 2019.

Sumber:mStar

Previous article“Selalu kna tgur..” Pekin Sebak Knang Jsa Mamat Khalid- ‘anggap Mamat Khalid mcam bapa’
Next article“Pelakon ‘adik2’ terlalu ramai..” Faizal Hussein Dedah Pelakon Lelaki Bersifat ‘Jantan’ Dh Kurang.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here