Home Hiburan “Rindu Ini Takkan Pernah Habis” – Shuib Dedikasi Ucapan Sempena 11 Tahun...

“Rindu Ini Takkan Pernah Habis” – Shuib Dedikasi Ucapan Sempena 11 Tahun ‘Anniversary’ Dgn Siti Sarah

179
0

Biarpun sudah enam bulan isteri tercinta pergi menghadap Ilahi, perasaan sayang pelawak Shuib terhadap Allahyarham Siti Sarah Raisuddin masih mekar di hati.

Happy ‘Anniversary’ Ibu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Genap 11 tahun usia mahligai pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya.

Dengan kapsyen yang menyentuh jiwa, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian ar.wah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi ‘background music’ untuk entri tersebut.

Bukan hanya pemilik nama Shahmira Muhamad yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Elvina Mohamad dan Datin Rebecca Nur Al Islam antara yang meninggalkan komen.

Rata-rata warganet menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar ar.wah ditempatkan di kalangan orang beriman.

IMG 2489 1

Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusa.ra ar.wah yang terletak di Ta.nah Per.ku.buran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meni.ng.gal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan di.jang.kiti vi.rus C.o.v.i.d-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.

Sumber: Instagram @shuibsepahtu, OB

Previous articleDatuk Fizz Fairuz Bawa Keluarga Bercuti, Sekali Penampilan Datin Almy Nadia Jadi Bualan Netizen
Next article“Pehh dlu pendek je skarang..” (Video) Mia Sarah Ajar Rykal Men4ri Jdi Tumpuan. Skali Nma Ni Netizen Petik
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here