Home Hiburan “Riba Adik Sambil Laung Takbir..”- Netizen Puji Si Kecil Berani Laung Azan...

“Riba Adik Sambil Laung Takbir..”- Netizen Puji Si Kecil Berani Laung Azan Di Masjid

200
0

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh seorang netizen mengisahkan seorang anak kecil yang berani ke depan dan melaung takbir raya beberapa hari lalu dan meraih lebih 3 juta tontonan di aplikasi Tiktok. Si kecil yang lengkap berpakaian raya menjadi bualan ramai dengan kesanggupan dan melaungkan takbir raya dengan perasaan yang cukup tenang sekali dan hal ini dikatakan sudah ditunggu tunggu oleh si kecil tersebut hampir 2 tahun mempelajarinya. Keberanian beliau mengejutkan mereka yang dewasa yang menyaksikan si kecil tersebut memegang mikrofon dan melaungkan azan tersebut dan ketika itu masjid dipenuhi dengan orang ramai untuk datang solat raya pada hari raya baru baru ini.

Klip tersebut menjadi viral kerana perbuatan si kecil tersebut membuatkan ramai tersentuh dengan ketenangan beliau yang mampu melaungkan takbir raya sambil mengusap lembut kepala adik beliau di riba. Beliau yang tidak rasa gementar itu dikatakan sangat berani kerana mampu mengetuai lauangan takbir raya pada usia yang muda dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai abang sekaligus di masjid tersebut. Detik tersebut disaksikan oleh jutaan ramai netizen dan pelbagai pujian diberikan dan dikatakan di kecil itu mendapat didikan yang cukup dari ibu bapanya. Si kecil yang mampu laungkan azan tersebut bernama Iskandar Zulkarnain sepertinya menantikan saat ini untuk menjadi hero yang hebat untuk kedua orang tuanya.

Rakaman penuh boleh disaksikan di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan diberikan :

@entahshapeshape:abg yg baik, steady riba kepala adik dan takbir…ALLAHU AKBAR!

@ezzriee:Dik saya pernah try tpi saya toleh belakang semua dah balik

@ipang 123:aq tengok pun mcm nk nangis sb die takbir raye dengan adik kecik die baring kat atas ribe die

@;:dik jangan risau akak tunggu adik besar lepastu kita kawin hm

@Bunda:thats what we want!give chance younger one to make our mosque “HIDUP”

@elyns:allah..sejuk prot ibu nye..smge jdx ank yg soleh.sdp sgt suara adik

@Amal Firdaus フィル:Tahniah dik. Abang dah habis sekolah menengah baru berani pegang mic nak lead takbir raya

@Nur Syuhada:MashaAllah TabarakAllah, Subhanallah . merdu nya, smoga adik ini menjadi anak yang soleh dan mampu bangga kan mak ayah suatu hari nanti

@Mirul.Razizan:srs nyaring je dngr alhamdulillah ckup didikan dri orng tua semoga membanggakn mak ayah adik suatu hari nanti

@Who’s Zuha ?:Tersentuh betul sambil² tu dia usap kepala adik dia. Semoga jadi anak yang solehah dipermudahkan urusan dunia akhirat

Melalui klip tersebut, ramai yang menjadikan klip tersebut sebagai satu pengajaran dan contoh kepada anak anak lelaki yang lain untuk terus menjadi seorang lelaki yang berani dan bertanggungjawab dalam mengerjakan sesuatu hal tanpa ada sebarang keraguan dan gementar. Lelaki yang berani dan bertanggungjawab merupakan seorang lelaki yang akan dihormati. Namun begitu, Iskandar yang mengusap lembut rambut adik beliau dikatakan begitu penyayang kerana cara beliau begitu lembut sekali dalam menjaga adik beliau ketika mereka di masjid.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Jalan Macam Gangster..”- Rakaman Tokti Berjalan Kaki Di Mekkah Dikritik Netizen
Next article“Adik Jijik Tengok Dia Mak..”- Lakonan Aqish Terlalu ‘International’ Dalam Telefilem ‘Dania’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here