Home Hiburan “Rasa unreal, sedih pn ada sebab..” Ikmal Amry Dan Isteri Timang Anak...

“Rasa unreal, sedih pn ada sebab..” Ikmal Amry Dan Isteri Timang Anak Sulung- ‘Comel’

426
0

Aktor kacak Ikmal Amry meluahkan rasa syukurnya apabila isteri tersayang, Najla Shamsul selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Menurut Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 27, dia berasa seperti tidak percaya kerana telah memiliki seorang anak perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Rasa unreal. Macam mimpi. Dalam pada masa yang sama bersyukur jugak sebab dikurniakan rezeki yang tak ternilai. Se.dih pun ada juga bila melihat pengor.banan isteri dan terh.aru sebab dah dapat anak. Perasaan itu bercam.pur baur.

“Baby kini masih di hos.pital dan Insya-Allah maybe esok dah boleh keluar,” ujar Ikmal ketika dihubungi Gempak.

Menerusi laman sosial Instagram, Ikmal turut berkongsi foto memangku anak sulungnya itu untuk tatapan umum.

“Assalamualaikum sayang daddy. Alhamdulillah syukur atas nik.mat tak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulis Ikmal ringkas di ruangan kapsyen.

Difahamkan isterinya melahirkan bayi perempuan mereka secara normal di Hospital Pantai Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.41 tengah hari, pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut di atas kelahiran anak sulung.

“Alhamdulillah, tahniah bro dan @najlxsam. Semoga bidadari kecik ni menjadi anak yang solehah,” tulis Daler Yusuf.

“Alhamdulillah, congratulations Ikmal dan wife,” kata Bella Astillah.

“Alhamdulillah Am Najla, tak sabar nak jumpa my niece,” komen Ben Ali.

“Alhamdulillah, tahniah bro dan isteri. Moga mommy dan baby sihat dan baik-baik saja,” ujar seorang wargamaya.

“Congratulations new daddy and mommy. Alhamdulillah, welcome to the world of parenthood,” kata seorang wargamaya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Sekadar info, Ikmal disatukan dengan isterinya Najla Shamsul Kamar, 23, pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber: Gempak

Previous articleBaru Je Ganti Arwh Siti Sarah, Skali Anzalna Nasir Dedah Mimpi Arwh Siti Sarah- “Tapi sekejap saja dia muncul”
Next articleZara Zya Hadiahkan Kasut Mewah Kepada Alha Alfa. Skali Ini Yg Netizen Prasan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here