“MUJURLAH cepat tersedar!”
Demikian kata Norshafiqah Saidin ketika bercerita mengenai insi.den lucu yang terjadi baru-baru ini apabila gigi palsu milik ibunya disedari tertinggal hanya selepas mereka memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.
Momen lucu tersebut yang sempat dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok sehingga kini meraih lebih daripada 1 juta jumlah tontonan!
Namun apa yang lebih menggeletek hati netizen adalah reaksi ‘blur’ ibunya seolah-oleh sedang ke.liru dengan apa yang sedang berlaku.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Iqa itu berkata, ketika kejadian pada Isnin lalu dia bersama ibu, Poyziah Abd Majid, 64, dan seorang anak saudaranya yang berusia 15 tahun dalam perjalanan pulang dari Ampang ke rumah mereka yang terletak di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan.
View this post on Instagram
“Kami ke Ampang kerana anak saudara dapat temu janji va.ksin Co.vi.d-19 di sana dan singgah sekejap di rumah kakak saya. Saya yang tanggalkan gigi palsu emak sebab dia macam tak selesa ketika makan dan masukkan gigi palsu tu dalam gelas berisi air.
“Tapi selepas tu, saya terlupa nak pasangkan semula. Selepas selesai kemas barang-barang dalam bonet kereta, kami pun bertolak pulang. Masa sembang-sembang, saya perasan kenapa muka emak macam lain sikit.
“Terus teringat Ya Allah, patutlah pelik sikit… rupa-rupanya gigi palsu belah atas tu tak pasang semula. Elok je terendam dalam gelas dekat rumah kakak. Mujurlah baru 10 minit bertolak,” cerita wanita berusia 28 tahun ini sambil ke.ta.wa.
Iqa (kanan) sanggup berhenti kerja sebagai cef demi menjaga ibunya di kampung.
Sambil menunggu kakaknya menghantar semula gigi pal.su ibu mereka, Iqa berkata dia mengambil kesempatan untuk merakam momen lucu tersebut ketika berhenti di tepi jalan.
“Bukan saya marah emak kerana tinggalkan giginya, tapi si.lap saya yang lupa pasangkan semula selepas tanggalkan. Dalam video tersebut, saya umpama berleter kepada diri sendiri sebab terlupa.
“Tapi tak sangka reaksi muka emak macam tu sampaikan netizen rasa lucu sebab dia seolah-olah tertanya-tanya apa yang sedang saya lakukan waktu tu.
Ibu Iqa mengalami strok dan perlu dibantu untuk menguruskan diri sendiri.
“Sebenarnya, emak saya mengalami strok sejak bertahun lamanya. Keadaannya makin merosot selepas terjatuh bilik air Disember lalu hinggakan dia dah tak mampu urus diri sendiri.
“Saya yang uruskan keperluan emak setiap hari daripada bab makan, ubat-ubatan, mandi, kebersihan diri dan sebagainya. Makan pun perlu bersuap sebab mak dah tak kuat,” ujar anak keempat daripada lima adik beradik ini.
Disebabkan terlalu kasih kepada ibu, Iqa malah sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai cef bagi menjaga wanita tersebut lebih-lebih lagi selepas ketiadaan bapa dan adik-beradik yang lain bekerja di perantauan.
Saya yang uruskan keperluan emak setiap hari daripada bab makan, ubat-ubatan, mandi, kebersihan diri dan sebagainya. Makan pun perlu bersuap sebab mak dah tak kuat.
NORSHAFIQAH SAIDIN
“Sekarang saya bekerja buat bisnes makanan saja dari rumah seperti menjual tauhu bergedil dan kuih muih lain,” katanya.
Sekadar mahu merakam dan berkongsi momen lucu, Iqa berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut meraih jumlah tontonan yang tinggi.
“Nak tergelak juga baca komen-komen lucu netizen. Ada yang pernah alami benda serupa, malah ada cerita yang dia pernah terminum air rendaman gigi palsu.
“Tapi ada juga seorang dua yang komen ‘tak baik buat mak macam tu sampai ramai ketawa’. Ada yang DM, ‘tak baik buka aib emak’. Tapi saya jelaskan semula kepadanya.
Menurut Iqa, ibunya gembira apabila diberitahu mengenai videonya yang viral baru-baru ini.
“Saya tak tahu nak kata apa apabila ada yang ambil serius sedangkan ramai je faham ia adalah gurauan. Mak saya pun senyum je bila saya tunjuk ramai orang view video dia, malah dia siap kirim salam kepada mereka yang menonton.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang komen po.sitif. Cuma apa yang boleh saya tekankan, jagalah ibu bapa selagi mereka ada. Emak ni ada seorang je, tiada gantinya di dunia ini,” katanya lagi.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber:Mstar