Hiburan

Ramai Tak Percaya Puteri Balqis Kembali Berlakon, “Wehh Besar Dah Dia”

Pelakon kanak-kanak pernah popular satu ketika dulu dikenali sebagai Puteri Balqis ini kembali berlakon. Memulakan kariernya sebagai seorang model dan pelakon sejak berusia 3 tahun lagi, kini pelakon berbakat besar ini sudah pun meningkat usia remaja.

Penangan hebat lakonannya masa kanak-kanak dahulu membuatkan dia menerima beberapa anugerah. Namun begitu, satu perkongsian video yang memaparkan Puteri Balqis kembali berlakon ini telah membuatkan ramai tidak percaya Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish ini sudah pun berusia 15 tahun kini.

Dalam perkongsian video itu kelihatan beberapa babak Aqish ini sedang berlakon. Kini Aqish sudah membesar menjadi gadis yang cantik dan jelita! Berikut adalah perkongsian rakaman Puteri Balqis kembali berlakon ini:

Perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun eitasuzy ini telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 150 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Boleh tak agaknya mintak dia jadi kecik balik. Suka betul celoteh dia time dia kecik..Huwargh perasan tak kita semua dah tua kk bye hahaha”

Puteri Balqis kembali berlakon 4

“Dia dah besar maknanya aku pun dah besar. Haha”

Puteri Balqis kembali berlakon 3

“Weh besar dah dia weh aku selalu tengok dia berlakon ni”

Puteri Balqis kembali berlakon 2

“Dia cam tak leh caye tapi kena caya gak”

Puteri Balqis kembali berlakon 1

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *