Puteri Sarah atau nama penuh nya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin seringkali mendapat perhatian warganet kerana isu rumah tangga nya. Difahamkan suami nya, Syamsul Yusof mempunyai hubungan yang rapat dengan Ira Kazar dan kini netizen sentiasa menantikan berita berita mengenai keluarga mereka. Oleh itu, diharapkan orang ramai agar sentiasa mendoakan kebaikan buat Puteri Sarah dan juga Syamsul Yusof serta keluarga tercinta sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat.
“Ia umrah kali kedua saya pergi bersama-sama anak-anak, selepas Mei tahun lalu. Malah, saya mendapat rezeki penajaan oleh kawan baik, Fazlinda daripada Needleworks KL dan Insaff Travel Tropicana Aman untuk umrah ini.
“Alhamdulillah, rezeki saya nak ditaja. Memang tak sangka pun, Allah jemput saya dan anak-anak lagi dengan rezeki penajaan pula. Sebabnya, tahun lepas yang saya pergi itu (umrah) dengan perbelanjaan sendiri,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada HM.
“Saya sebenarnya dah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum ini. Malah, sebelum ada anak dulu, sudah empat kali saya ke Tanah Suci mengerjakan umrah bersama dengan suami,” katanya yang masih lagi bercuti di Tokyo, Jepun.
Namun, berita mengenai pengumuman Puteri Sarah untuk mengerjakan umrah mendapat komen komen yang ramai daripada orang ramai menerusi halaman HM.
Lihat apa kata orang ramai:
“Mesti ada sesuatu yg Masih dia Tak dpt ketenangan tu betul².. org yg Ada harta, kebanyakkn mereka Cuba Cari ketenangan keluar² negara ,namun Masih Tak ketemu. Kenapa? Mengapa? Tak nk ke sesekali check diri ? Sama Juga dgn org kebanyakkn. Cth mcm Kita pula yg marhaen ni.. ada hanya yg mampu di tikar sejadah dlm rumah buruk sendiri dh dpt tenang, ada yg di tepi sungai, di pantai, diatas gunung , di tepi sawah bendang, dsbgnya… Yg pastinyer kena balik kpd Allah Swt, Cari Allah swt baru lah dpt betul² tenang & Juga dptkn kemaafan & Redha suami ( siapa tahu kan) semoga pelakon ini dipermudahkn segala urusan , diberikn ketenangan dan Kebahgiaan oleh Allah jua..”
“jadi perempuan tolonglah kerja atau hasilkan duit sndri…kdang kita sangka panas ke ptg rupanyaa hujan di tghari…kalau ada duit ni tgok sonok sikit kalau bepisah pun …sbb kita ada duit nak mkn nak move on…kalau takde duit susah sikit …..smua nak kena mulaa..jd nak tanak cuba ada smpanan dan pendapatan.”
“Harap dah dapat izin dari suami Syamsul Yusuf. Sbb seorang isteri perlu dapatkan keizinan suami. Bila berduit nk buat apa saja pun mudah. Nk healing feeling pergi bercuti tunaikan umrah. Tapi perkara yg paling menenangkan hati adalah seorang isteri yg mendapat redha seorang suami. Walau disakiti walau dikhianati tetapi tetap menyembunyikan aib seorang suami.”
“alhamdullillah syukran teruskan hidupmu bersama anak2 semoga dimurahkan rezeki .diberi kesihatan..”
Baca juga: “Ini hal dalam kain…” – Syamsul Yusof akhirnya bakal bongkarkan kisah sebenar isu rumah tangganya
“Dah Keluar Gua, Nak Play Victim Pulak..” – Puteri Sarah ‘Perli’ Kenyataan Syamsul Yusof
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: HM