Hiburan

Positif Cov1d-19: Harris Alif Kuar4ntin Di Rumah, Intan Ladyana Dikej4rkan Ke Hosp1tal – ‘Saya & Isteri Berada Dalam Keadaan Baik’

Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif didvga apabila mereka disahkan positif Cov1d-19.

Kami baik-baik saja

Ketika dihubungi OhBulan!, Harris, 22, berkata dia dan Intan, 39, berada dalam kondisi yang baik.

Kata pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi, dia sedang menjalani kuar4ntin di rumah manakala pelakon filem Adnan Sempit terpaksa dikejarkan ke Hosp1tal Sungai Buloh (HSB), malam tadi.

Alhamdulillah buat masa sekarang, saya dan isteri berada dalam keadaan baik. Saya kini sedang kuar4ntin di rumah, Intan yang berada di hosp1tal.

Bagaimanapun, ketika ditanya keadaan bayi dalam kandungan, Harris memilih untuk tidak menjawab.

Jawapan ringkas itu dijawab oleh bekas juara program realiti, Idola Kecil musim 3 menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Sama-sama kita doakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Sebelum ini, program hiburan terbitan TV3, Melodi melalui Instagram (IG)nya melaporkan tentang situasi pasangan tersebut di samping memohon doa daripada orang ramai.

Pelakon @intanladyana terpaksa dikejarkan ke Hosp1tal Sungai Buloh selepas disahkan positif COV1D-19. Beliau kini dikhabarkan hamil anak pertama dan suaminya, @harrisalif disahkan positif COV1D-19.

Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa.

Hantaran itu telah menarik perhatian ramai rakan selebriti untuk mendoakan kesejahteraan Harris, Intan dan bayi yang berada dalam kandungan. Antara yang meninggalkan komen adalah Nora Danish, Didie Alias, Lan Solo dan Liza Abdullah.

Terdahulu, Intan dan Harris bernikah di Masjid Wilayah di sini, pada 4 Februari lalu selepas lebih setahun berkenalan.

Sumber: Instagram @meloditv3 via OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published.