Home Isu Semasa Polis Berumur 25 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Tandas R&R Nilai

Polis Berumur 25 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Tandas R&R Nilai

110
0

Seorang pegawai polis ditemui meninggal dunia di sebuah tandas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim menyatakan, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 5.45 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati anggota polis berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dijumpai mati di dalam tandas…”

“Mangsa adalah anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur…”

Abdul Malik berkata, Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat…”

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan…”

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jarang Dengar Zamani Nyanyi Lagu Ni..” – Zamani ‘Belanja’ Lagu Buat Seorang Kekasih
Next article“Jangan Pandang Sebelah Mata..” – Ramai Tergamam PakGuard Belanja Main Piano Lagu Golden Hour

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here