Home Dunia Pertama Kali Jumpa Selepas Lahir, Bapa Zahirah MacWilson Menangis Pelvk Cucu

Pertama Kali Jumpa Selepas Lahir, Bapa Zahirah MacWilson Menangis Pelvk Cucu

311
0

Rumah tangga pasangan selebriti, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza dilihat semakin bahagia apabila lahirnya cahaya mata pertama mereka pada 5 Januari 2021 di Perth Australia.

Beberapa bulan sebelum melahirkan zur1at, pasangan berkenaan telah terbang ke Australia iaitu kediaman ibu Zahirah untuk menyambut orang baru disana.

Selepas anaknya, Isaac Raees berusia tiga bulan, mereka sepakat untuk pulang semula ke Malaysia kerana masing-masing harus meneruskan kerja-kerja yang sudah dijadualkan sebelum ini.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tidak dapat ke mana-mana dan hanya berada di ibu kota sahaja.

Jumpa cucu sulung

Bapa Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson yang kini tinggal di Perlis masih lagi belum bertemu dengan cucunya sejak Isaac dilahirkan.

Jadi, memandangkan rentas negeri telah dibenarkan, bapanya dilihat sebak ketika kali pertama bertemu dengan cucu tersayang selepas 10 bulan dia dilahirkan.

Sebak lihat cucu kali pertama depan mata

Zainol yang juga seorang pelakon kelihatan mendukung Isaac dan menitiskan air mata apabila berpeluang mencium cucu sulungnya yang sangat dirindukan.

Zahirah sempat mengabadikan momen istimewa itu di ruangan Instagram dan rata-rata warganet berasa sebak melihat situasi tersebut.

Cair hati tengok Isaac manja dengan grandpa

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata berasa gembira melihat situasi itu lebih-lebih lagi Isaac yang sangat manja dan tidak takut berjumpa dengan orang baru.

Untuk makluman, ibu dan bapa kandung Zahirah sudah berpisah dan masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri. Ibunya mengambil keputusan untuk menetap di Australia manakala bapanya, Zainol MacWilson kini masih berlakon dan menjalankan perniagaan serta menetap di Perlis.

6 33

Cucu & atuk nampak sweet

7 28

Isaac nampak happy sangat

8 24

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Instagram Zahirah MacWilson via LAWAKMALAYSIA

 

Previous article“Sebijik Abang..”Video Asyraf Jumpa Afwa Dulu Sebelum Ber4ngkat Ke A1rport Untuk Menunaikan Umrah
Next article“Adik Beradik Ko Ni..?”Foto Amelia Dan Maria Farida Cvri Tvmpuan R4mai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here