Home Hiburan “Peramah Aafiyah Ni…”-Gelagat Teruja Aafiyah Buat ‘Live’ Dengan Tokti Tarik Perhatian Ramai

“Peramah Aafiyah Ni…”-Gelagat Teruja Aafiyah Buat ‘Live’ Dengan Tokti Tarik Perhatian Ramai

106
0

Anak penyanyi nombor satu negara ini sememangnya menarik perhatian ramai sejak dia dilahirkan lagi. Malah gelagat Aafiyah juga sering mencuri tumpuan di media sosial dengan perangainya yang disamakan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.

Baru-baru ini pula, gelagat Aafiyah yang begitu teruja semasa melakukan video ‘live’ bersama ibunya mencuit hati netizen. Malah ramai yang turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini yang terlalu teruja itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sedang melakukan video ‘live’ bersama anaknya ini. Malah Aafiyah yang berada di sebelahnya itu juga turut memberikan kerjasama dan melayan sesi ‘live’ tersebut.

Tidak lama kemudian, dia mula kelihatan teruja dan begitu gembira melambaikan tangan pada mereka yang menonton video tersebut. Semasa Tokti menyebutkan beberapa nama penonton yang ada, Aafiyah kelihatan begitu seronok dan siap menegur mereka juga.

gelagat aafiyah

Malah netizen juga turut memuji sikap peramah Aafiyah yang langsung tidak kelihatan kekok ataupun malu seolah-olah sudah biasa berinteraksi dengan peminatnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihatkan reaksi teruja Aafiyah ini. Ada juga yang ‘geram’ dengan kecomelannya yang begitu petah berkata-kata itu.

“Wah anak dia cakap melayu. Ingat macam anak artis lain cakap english banyak dari melayu.”

aafiyah

“Peramah aafiyah ni.”

datuk seri siti nurhaliza

“Comel aafiyah. Muka sebijik ibu.”

komen

“Alahai suka berkawan aafiyah ni.”

tik tok

Sumber: HCL

Previous article“Minggu Depan Aku Busy..”- Nadia Brian Ajak Iftar Bersama, Peminat Risau Terlalu Gemuruh Sampai Buat ‘Rehearsal’
Next article“Saya Doakan Ira Kazar & Suami Saya Diberi Hidayah” – Puteri Sarah Meng4muk, Anak Kazar Masih G4nggu Rumah Tangga
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here