Home Isu Semasa Penyebaran Dakwaan Pengakuan Ibu Bapa Zayn Rayyan Kini Disiasat

Penyebaran Dakwaan Pengakuan Ibu Bapa Zayn Rayyan Kini Disiasat

71
0

Terkini! Adik kepada bapa Zayn Rayyan tidak berpuas hati dengan penyebaran maklumat palsu mengenai kes pembunuhan kanak-kanak autisme di media sosial, dan seorang pegawai penyiasat kes tersebut telah membuat laporan polis.

Menurut laporan Harian Metro, polis juga telah membuka kertas siasatan mengenai kandungan yang dipercayai berasal dari sebuah saluran di Telegram.

Kes ini akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan perkara ini telah dinyatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (Pendedahan Maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM)…”

“Orang ramai diminta tidak berkongsi kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi…”

Perbuatan itu telah mengganggu siasatan dan juga proses pendakwaan di mahkamah, kata Hussein.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan terbabit…”

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dah Tua Masih Berbisaa, Vokal Maintain Padu..” – Awie Nyanyi Lagu Ratuku Untuk Erra Fazira?
Next articleSiti Nurhaliza Dikecam Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here