Betul lah orang kata disebalik untuk mendapatkan foto keluarga yang cantik dan sempurna memang betul-betul mencabar apabila kadangkala perangai kanak-kanak sukar dijangka.
Begitu jugalah yang dapat ditonton perkongsian isteri pelakon, Shukri Yahaya apabila rakaman disebalik tabir untuk mendapatkan foto cantik bersama dua orang anaknya bertukar lucu
View this post on Instagram
Foto yang telah dikongsikan oleh Shukri Yahaya di ruangan Instagram peribadinya itu bersama dua anaknya yang diberi nama Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl sebenarnya ada cabaran yang perlu dihadapi pelakon utama drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu.
Video disebalik tabir yang sempat dirakamkan oleh Tya Adnan iaitu isteri Shukri Yahaya itu mengundang ketawa warganet yang merasa geli hati dengan keluarga selebriti ini.
Apa tidaknya, cabaran bergambar dengan anak-anak juga dihadapi oleh Shukri Yahaya lalu video disebalik tabir kelakuan comel dia bersama sepasang cahaya matanya itu ditonton ribuan kali apabila rata-ratanya juga pernah mengalami situasi seperti ini.
Agak mencabar rupanya lalu warganet diruangan komen turut mengutarakan rasa minat mereka dengan keluarga selebriti ini dan dalam pada itu, ada juga yang berdekah menonton gelagat lucu Shukri Yahaya.
“Hahaha yang penting lighting ori ye”
“Memang tersangat struggle ye…”
“Hahaha tak begitu mudah…”
Sumber:HCL