Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh seorang ibu yang menjaga anak kesayangan beliau yang disahkan sebagai kanak kanak autism itu mengejutkan para netizen apabila perkongsian beliau berkenaan anak kesayangan beliau mahir dalam dunia muzik. Beliau yang merupakan seorang ibu yang jauh dari bidang muzik sendiri terkaku apabila anaknya seperti seorang genius dalam mengendalikan alat alat muzik melebihi kanak kanak normal dan ini membuatkan beliau cukup bangga dengan kelebihan yang ada pada anak kesayangan beliau yang bernama Raess.
Anak Autism ini dikatakan sering menjadi perhatian ramai di aplikasi Tiktok apabila si ibu sering berkongsikan beberapa klip rakaman video anak kesayangannya itu. Kali ini, perkongsian si ibu mendapat perhatian dari artis terkemuka tanah air iaitu Anuar Zain yang sangat arif dalam duni musik turut memberi reaksi di ruangan komen apabila klip tersebut menceritakan tentang anak autism itu sedang menumpukan perhatian kepada alat musik piano dan tangan lincah si kecil itu memainkan lagu raya tanpa melihat ‘music note’ dan hanya menggunakan sepasang telinga si kecil itu sahaja. Lagi mengejutkan setelah musik berbunyi hasil tangan lincah itu, beliau cuba menyanyikan lagu raya tersebut walalupun tidak mengerti namun nyanyian si kecil itu seperti tidak kekok dan beliau kini digelar sebagai ‘pemuzik muda paling genius’di ruangan komen tersebut.
Rakaman penuh boleh ditonton di:
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Fiezze:his brain works faster than others , music is one of way to channel his fast brain reaction to relieve his stresss
@Ahmad Faizal:Anak autism akan ada satu bakat yang menyerlah. Saya pun waktu kecil mild autism+speech delay. Umur 5 tahun baru bercakap. Main muzik juga
@HarisJethro:best demgr dia main piano. kita ni nak tekan jdi lagu birthday pun x reti
@Am Masnan:Kita dah jumpa Permata dalam Kaca
@Abah Ammar Rania:Your son make me impressed. Otak dia laju nyaaaa… muzik buat dia release stress yg ada.Good job anakkk cerah masa depan. Well done ibu ayah
@Ummi AdamBiz:masyaallah…anak istimewa anak bijak… mga sntiasa dlm lindungan Allah ya Raeess
@Elliz:Wow, his voice is amazing! Pitch tak lari langsung
@Saeros65:ya allah anak syurga yang hebat. sokongan ibu bapa yang jadi dorongan buat anak² istimewa macam ni. semoga jadi anak yang cemerlang ya sayang
@NUR FATIN JAFFARI:xtaw kenapa fatin tgk dgn rasa bangga,tersenyum&bangga iols tgk dia main piano..terbaek dikk
@intanabdmalek_:Raees comelnya…pandai sgguh main piano. Semoga membesar dgn sihat & menjadi anak yg soleh. Hugs
Berkat kesabaran seorang ibu dalam menjaga anak kesayangan itu, terlihat keistimewaan yang Allah berikan untuk anak syurga itu. Dilahirkan dengan sifat yang satu kemahiran yang tidak dimiliki oleh banyak orang membuatkan keluarga tersebut sungguh bersyukur ke atas nikmat yang diberikan untuk anak kesayangan mereka itu. Para netizen yang menyaksikan kehebatan itu juga turut merasa bahawa keluarga tersebut ternyata bertuah kerana memiliki anak seperti itu kerana cukup mahir dalam bermain alat musik dengan begitu baik sekali.
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram