Home Hiburan “Pegarah tk suruh, tpi..” Berkepala B0tak Di Majlis Sidang Media…, Penampilan Trbaru...

“Pegarah tk suruh, tpi..” Berkepala B0tak Di Majlis Sidang Media…, Penampilan Trbaru Emelda Rosemila Curi Tumpuan

115
0

Penampilan pelakon Emelda Rosemila dengan imej terbaharu berkepala botak menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini Emelda muncul dengan gaya sempoi ke majlis sidang media ekslusif Astro Originals Dukun Diva, bersama suaminya Adlin Aman Ramlie.

Malah imej terbaharunya itu mendapat pujian ramai dan ada yang menyamakan dirinya dengan pelakon popular Hollywood Charlize Theron.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Emelda berkata dia membotakkan kepala kerana mahu memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah filem.

“Membotakkan kepala ada inisiatif saya sendiri. Pengarah tak suruh tetapi saya yang suggest kerana watak pe.rompak yang akan saya bawakan dalam filem itu nanti.

“Adlin juga memberi sokongan, lagipun sebelum ini saya memang dah berambut pendek. Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan sentiasa mencari ruang untuk upgrade diri daripada melakonkan watak yang dah biasa saya buat,” katanya.

Apabila di tanya mengenai watak Datuk D dalam Dukun Diva, Emelda berkata sebab utama dia menerima tawaran apabila suami turut beraksi dalam drama tersebut, selain jalan cerita yang menarik serta watak yang diberikan kepadanya.

eeewf

“Datuk D ialah seorang jutawan kosmetik yang bersaing dengan Datuk Saddiq yang juga seorang jutawan kosmetik. Saya rasa seronok bila dapat berlakon dengan suami sendiri. Lebih-lebih lagi kami ada banyak babak bersama.

“Ini kali keempat kami bergandingan. Senang bila digandingkan dengan suami sendiri sebab boleh berbincang macam mana nak kembangkan watak,” katanya.

Drama bergenre komedi, aksi dan penyiasatan arahan Ariff Zulkarnain ini akan menemui penonton di Astro Citra, setiap Isnin jam 9 malam.

Episod pertama Dukun Diva akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 6 Disember ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

Previous article“Dia prnah mngadu nak..” Isteri M4ngsa Tanah Rntuh Dedah Prbualan Trakhir Arwh Undang Sebak Ramai.
Next article[VIDEO] “Hati2 Bila Pakai…” Fazura Terj4h Pembeli Tudungnya, Sekali Ini Yang Jadi
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here