Home Hiburan “Patutlah Hint-Hint, Muat Lagi Ke Naik Kereta Audi Tu?,” – Kejutan Awal,...

“Patutlah Hint-Hint, Muat Lagi Ke Naik Kereta Audi Tu?,” – Kejutan Awal, Achey Bocey Hadiahkan Isteri Mercedes Benz

195
0

Isteri kepada pelawak, Achey Bocey, Hasanah Yahaya menyatakan rasa syukur selepas menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz daripada suaminya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada April nanti.

Menurut Hasanah atau lebih mesra disapa Anne, Achey menghadiahkannya kereta tersebut demi keselesaan keluarganya memandangkan anak mereka juga kini sudah semakin membesar.

“Alhamdulillah terima kasih by @acheykintangkintung bagi hadiah birthday awal. Awal betul ni hehe. Dia kata boleh buat raya.

“Patut la asyik la hint-hint kita je. Muat lagi ke awak keluar dengan Tiara dan kawan kalau naik kereta Audi tu hehehehe. Kita cakap la boleh la. Selit-selit terselit. Rupanya dia dah rancang awal. Thank  you,” coretnya dalam satu hantaran di Instagram.

A8F79A76 C0EA 4252 A50B F10D8FC923ABC1B1963B 491A 4515 9C33 8C6A7CA79318

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini akui sedih apabila terpaksa menjual kereta lamanya itu yang telah berkhidmat lebih tujuh tahun.

Dikesempatan itu juga, Anne turut merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya diatas kejutan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey)


“Terima kasih jugak baby kuning berkhidmat tujun tahun dengan saya. Tak pernah rosak, tak pernah meragam dekat mana-mana. Alhamdulillah dia jaga kami satu keluarga dengan baik. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang.

“Nak jual dia pon air mata berderai sebab terlalu sayangkan dia tapi apakan daya, kami bertiga naik tak muat kereta dah hehe. Tu yang achey gantikan dengan baby baruuuuu.

“Welcome to my family baby boo. Saya akan jaga awak baik-baik dan sayang awak sepenuh hati. I LOVE U so much. Baby boo and baby yayang @acheykintangkintung,” kongsinya lagi.

FBFFEA57 3CF5 45DD BBAD B28BAD571A21085CE905 81A3 4D08 A61C 6B03173249A9

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Achey dan Anne akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

“Ya Allah semoga suatu hari nanti kami suami isteri juga akan merasa rezeki seperti ini. Insya Allah.

“Wahhh bestnyeee. Alhamdulillah rezeki. Happy birthday in advance ye.

“Alhamdulillah syukur ya Allah happy murah mewah rezeki abang seisi family.

“Alhamdulillah. Semoga makin luas rezeki kalian. Suka tengok sama-sama naik. Susah senang sama-sama.

“Tahniah. Alhamdulilah murah rezeki semoga kekal bahagia kelurga Acey dan Anne ke akhir hayat hendaknya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

18808B79 E1F7 458E A853 D237A39169427873D9E2 15D3 45B3 8180 10DEF344EE5C

Sekadar informasi, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah mendirikan rumahtangga bersama Anne sejak 11 tahun yang lalu dan mereka juga mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah.

 

Sumber: Instagram Anne Achey via MH

Previous articlePatut Lama Dah Tak Nampak Pembaca Berita TV3 Izwan Azir, Beliau Jelaskan Hal Yang Terj4di..
Next articleKeluarga Tak Restu Marsha Peluk Islam! Seb4k, Menang AJL Tanpa Orang Tua
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here