Home Hiburan “Part Last Tu Nyempat Eh..”- PU Azman Jelaskan Isu Dalam ‘7HM3’, Peminat...

“Part Last Tu Nyempat Eh..”- PU Azman Jelaskan Isu Dalam ‘7HM3’, Peminat Terkejut Kenyataan Terakhir PU Azman

359
0

Menerusi satu klip perkongsian yang dikongsikan oleh PU Azman mengenai satu isu yag berbangkit dari para peminat drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku 3′ mengenai kesahihan perkahwinan antara Khuzairi dan Nurul. Atas sifat tanggungjawab sebagai seorang anak yang ingin menggalas maruah keluarga, Khuzairi sanggup menjadi pak sanggup atas kesalahan bapanya iaitu pak Samad yang melakukan hubungan bersama Nurul dan akhirnya Nurul dikatakan sedang hamil. Kehamian Nurul mampu menggegarkan rumahtangga Khuzairi dan Pak Samad sehinggakan Khuzairi sanggup menyakiti hati isteri beliau dan ingin bernikah dengan Nurul. Namun pada sudut pandang agama, hal ini mengelirukan para netizen berkenaan anak kandungan Nurul dan ini telah dibahaskan oleh PU Azman di aplikasi Tiktok baru baru ini.

Mengikut apa yang dibicarakan oleh PU Azman, perkara tersebut mempunyai sudut pandang yang berbeza di kalangan para ulama dan mengikut sudut pandang Mazhab Syafie, perkara tersebut sah di sisi agama berdasarkan sebuah dalil dalam surah Annisa’ yang dikongsikan dalam rakaman beliau. Isu tersebut ternyata sah dan yang paling mengejutkan adalah ketika beliau sedang membahas isu tersebut secara ringkas dan padat, beliau mampu menyelit satu perkara yang mampu menghiburkan para netizen kerana sangat melucukan apabila beliau dengan riak yang begitu bersahaja sambil menyatakan kepada Khuzairi untuk tidak mencaras bekas isteri beliau iaitu Dr. Fatin.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@Nur Azlin992:klu dh jodoh x kemana taufik…usaha tgga kejayaan

@Mazzura Binti Zahar:”Yang penting Khuzairi ko tak caras Fatin’ sempat lagi Cik Man cakap cmtu

@MimiZakaria91:citer tu best sbb ada taufik dgn faten je

@Iera Sunira666:korang tgk x ad scene yg borhan tolak nurul pastu pas samad smpai tu tlg nurul..ak rse borhan xnk brtgjwab tu yg nurul buat cmtu..ANAK BORHAN NOTEF

@Hairulnizam_Sobirin:tp anaknya nti xleh dibinti/dibin kuzairi kan cik man???

@Qistina Idris:Aku tunggu cikman ngan fatin je dlm nie…. semangat lain mcm tgk mereka berdua nie

@Zaty:Weh tang fatin tu hahahaa tetap protect eh

@Shikin Saari:best la Taufik ni lawak kebetulan nama sama ank saya Taufik

@aina:ank tu boleh ke menikah dgn ank helmi(klu ada ank)atau menikah dgn ank khuzairi.? ni citer klu ank tu dh dewasa ye.

@_iraaa:HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
TAK SABARNYA AKUU EPS NURUL KANTOII NGNDUNG ANAK BURHAN

@Ainie3101:Anak tu lps lahir tetap kena ber bin kan Abdullah kan.. Xkira sape pn ayah nya…

Walaupun PU Azman dikatakan mempunyai dara seni dalam bidang lakonan, asal usul beliau sebagai seorang PU tidak pernah dilupakan dan sehingga kini beliau masih mampu membuka minda anak muda dengan ilmu agama beliau yang begitu luas untuk dijadikan pengajaran bersama. Segala isu yang dipertikai dalam drama yang beliau lakonkan itu dibahas dengan baik sekali sehingga mampu membuatkan para peminat drama bersiri tersebut faham akan pengisian yang beliau cuba sampaikan kepada semua.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Previous article“Jgn Buat Content Murahan..”-DSV ‘Sound’ Influencer Sepak Duit Pakai Kaki Punca Nak Viralkan Produk
Next article“Jadi Kuli Player Je..”- Kenyataan Lee Chong Wei Disoal Untuk Jd Jurulatih Malaysia Buat Ramai Terkejut
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here