Home Hiburan “Pahala Mengalir Berpanjangan, MasyaAllah…,” – Zizan Razak Beli Toyota Hilux Untuk Bantu...

“Pahala Mengalir Berpanjangan, MasyaAllah…,” – Zizan Razak Beli Toyota Hilux Untuk Bantu Orang

92
0

Hikmah musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini nyata telah membuka hati banyak pihak untuk menjadi pemurah dan turut sama membantu buat para mangsa yang terkesan.

Bagi pelakon dan pelawak, Zizan Razak pula, hatinya terdetik untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas melihat kepayahan dan kesusahan yang dialami banyak pihak sewaktu berhadapan dengan musibah banjir.

847230C2 458A 4AAD 92F8 7CACF36ADFC4

Menurut Zizan, dia mahu menggunakan kereta tersebut bagi membantu lebih ramai orang pada masa akan datang.

Malah, bintang ini turut menyifatkan pembelian tersebut sebagai hadiah buat dirinya setelah sekian lama gigih berkerja.


“Setelah lama bekerja dan rasa nak hadiahkan diri sesuatu. Harini ini hadiah untuk diri serta berniat nak membantu sesiapa jika perlu.

“Bermula dengan kes banjir baru ni lah buat Zizan beli Hilux ni. Tahniah Zizan Razak. Proud of me,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Polis Evo itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram.

1E289DA0 FDAC 494C B95E 0B3A5A1FBC22A695D553 8CF6 474F 87F2 2FA43E141936

Pada masa sama, Zizan turut menzahirkan rasa bangga terhadap dirinya sendiri diatas pencapaian tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menyambut baik usaha murni yang ditunjukkan oleh Zizan itu.

“Tahniah Zizan Razak. Proud of you.

“Tahniah @zizanrazak869 semoga dilimpahkn rezeki.

“Congratulations. Proud of you abang. Semoga makin berjaya di masa akan datang.

“Pahala mengalir berpanjangan. Mashaallah..saham akhirat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan.

99C621BF 65DB 4415 B817 E59FE6EBB40E

Terdahulu, selain bergiat aktif di dalam industri seni, Zizan juga kini dilihat sibuk menguruskan bisnes restoran berasaskan makanan Korea miliknya.

Sumber: Instagram Zizan Razak via MH

Previous article“First time jumpa ‘si dia’..”- Wanita berkongsi detik pertempuan jodoh yg ‘dikenenkan’ oleh kawan ibunya..
Next article“Sungguh Ku Tak Mampu Menahan Rindu Ah” -Fazura Terkejut Fattah Sambung Dangdut
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here