Home Hiburan “Otai Masih Berbisa, Sedap Mak Leha Nyanyi..” – Netizen Terkejut Rupanya Liza...

“Otai Masih Berbisa, Sedap Mak Leha Nyanyi..” – Netizen Terkejut Rupanya Liza Abdullah Boleh Menyanyi

190
0

Siapa tidak kenal Liza Abdullah, seorang pelakon wanita yang amat popular. Pada awal karier, beliau mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan bersama Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud pada 1985. Beliau telah capai banyak anugerah dalam bidang lakonan termasuk Anugerah Bintang Popular Bintang Harian, Anugerah Drama Sangat, Anugerah Skrin dan banyak lagi.

Menerusi halaman tiktok, tular satu video nyanyian Liza Abdullah menyanyikan lagu yang berjudul Menghitung Hari oleh Salamiah Hassan. Nyanyiannya sungguh merdu dan berjaya menarik perhatian peminat. Rata-rata peminat terkejut dan tidak menyangka yang dia boleh menyanyi. Hal ini kerana dia lebih aktif sebagai pelakon dan sudah lama tidak mengeluarkan album.

Klik Di Bawah Untuk lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@MahsuriPakya:suara iras2 Salmiah Hassan

@|fidzahmones|:best giler kak liza

@Suhairi89:mesti cantik gila tengok depan2 kan..dalam video ni pun nampak muda sangat

@kaktemcomeycomey:wow mak leha dh kurus la.tebaek suara mak leha dari dulu sampai skrg

@fatimahderaman3:weh lunaknye suara..trbaiklh..

@anis:best nyanyi..bju pon cntik sgt

@ina:sedap suara lama tak dengar liza nyanyi selalu berlakun

@@ZuhiraSuria💋:suara arwah Normala Omar pn sedap…slh seorg dramatis yg blh mnyanyi..🥰

@@NaRaTu@6691:Liza ni memang penyanyi kemunculannya awal..mungkin rezekinya byk bhgian lakonan…
Syukur alhamdulillah kan..Semoga sukses Aamiin2

@cerina:penyanyi lama memang sedap suara

@Pemburu Bayang:cantik dr sy zaman kanak2 hingga separuh abab Liza makin muda Dan cntk

@Che Joo:i konpius jap.. ini dah mcm miming suara Salamiah Hassan.. tapi rupanya suara original Liza Abdullah.

Sedap betul suara Mak Leha ni, memang lebih kurang sama dengan penyanyi asal dah. Mungkin Kak Liza boleh mencuba untuk ‘comeback’ sebagai penyanyi. Tapi apa-apa pun min doakan yang terbaik untuk Kak Liza. Moga terus kekal sihat dan kekal aktif dalam dunia seni. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Pakai Baju Sekolah Pun Cantik Sangat..” – Aina Abdul Berbaju Sekolah Bagi Tema Back To School Bersama Aination
Next article“Aku Dua Langkah Pun Dah Jatuh Terguling..” – Makcik Umur 62 ‘Steady’ Main Roller Blade Kalahkan Orang Muda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here