Home Hiburan Oktovia Manrose Nikah kali kedua, Ini Status Terkininya.

Oktovia Manrose Nikah kali kedua, Ini Status Terkininya.

125
0

Oktovia mencium tangan suaminya, Khairul Efsan selepas disatukan sebagai suami isteri.

SELEPAS pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran selamat diijabkabulkan pada pagi Selasa, pelakon Oktovia Manrose turut sah bergelar isteri dan mena.matkan status ibu tung.gal.

Oktovia disatukan dengan bekas pemain bola sepak Felda United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa dalam sebuah majlis yang diadakan di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Pemilik nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia, 30, dinikahkan oleh bapa kandungnya iaitu Iwan Dangdut atau nama sebenar Wan Syahman Wan Yunus dengan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Fairudz Saderi.

Pada majlis akad nikah itu, Efsan segak mengenakan baju Melayu putih, manakala Oktovia kelihatan anggun mengenakan busana rona sama hasil sentuhan pereka fesyen Ezuwan Ismail.

oktovia 3

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Iwan.

Majlis berkonsepkan tradisional dengan tema Taman Bunga itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara saudara dan rakan artis hadir ialah Uqasha Senrose, Kamal Adli, Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Oktovia menerima mas kahwin sebanyak RM80 dengan sebentuk cincin berlian dan hantaran lima dulang berbalas tiga kepada pihak lelaki.

oktovia 1

Oktovia memilih Khairul Efsan sebagai suami.

Untuk rekod, Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 kemudian ber.cerai pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

Sumber: mStar

Previous articleGara2 Pakai Pakaian Tidak Senon0h Sharifah Jdi Bualan. Sekali Reaksi Lucu Sharifah Sakinah Ini Memang ‘Wi
Next articleZul Ariffin & Ruhainies Kelihatan Terlalu Mesra Dalam Video TikTok, Netizen Komen: “Sweet…”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here