Home Dunia Netizen Bandingkan Watie Dengan Siti Sarah, Sekali Ini Respon Shuib

Netizen Bandingkan Watie Dengan Siti Sarah, Sekali Ini Respon Shuib

736
0

Shahmira Muhammad atau dikenali sebagai Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Shuib dilahirkan pada 12 September tahun 1984, berasal Johor Bahru, Johor. Beliau juga merupakan bekas ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara rancangan realiti Raja Lawak musim 3 pada tahun 2009 dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011.

Shuib berkahwin dengan seorang penyanyi Siti Sarah Rasissuddin pada 26 Mei 2011. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah meninggal dunia akibat jangkitan C0vid-19 di HUKM.

Selain itu, beliau juga telah mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya iaitu Watie Hanifiah pada 6 Mei lalu. Shuib menghantar rombongan meminang di kediaman keluarga Watie di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Baca lagi: Akhirnya Shuib Dedah Kata Kata Uwais Mengenai Watie, Tak Sangka Begitu Jawapan Nya

Baca lagi: Baru Je Kena Saman Dengan A Aida, Ini Tindakan Amelia Henderson Buat Ramai Terkedu

Screenshot 2023 05 11 110206

Shuib telah ditemuramah oleh pihak Indigital di mana majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya yang berlangsung di Bandar pada malam Selasa baru-baru ini. Shuib juga mengulas mengenai kecaman netizen terhadapnya, yang mengatakan segala keputusan yang dibuat olehnya disebabkan anak-anak.

Shuib turut mengatakan Siti Sarah Raissuddin merupakan orang yang paling istimewa dalam hidupnya dan tunang beliau iaitu Watie juga mengetahui perkara itu. Walaubagaimanapun, perbandingan yang dibuat oleh netizen itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka perlu menerima kenyataan.

Screenshot 2023 05 11 110944

“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya, Watie pun tahu perkara itu. Jadi, perbandingan itu tidak sepatutnya, sebab kita kena terima realitinya”

“Dan tidak adil juga untuk Wanite. Pada saya, apa salah dia dan dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, serta keluarga. Perbandingan itu juga menyakitkan orang”

“Saya ada tanggangjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik”

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SinarHarian

Previous articlePeminat Wanita ‘Cair’, Mierul Aiman Tayang Gambar ‘Sixpack’
Next article“Seriau tengok dia angkat anak sulung macam tu, baru bersalin 2 hari lepas” -Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here