Home Hiburan Netizen tuduh Aliff Aziz anak emas Astro, Bella Astillah beng4ng, komen dia...

Netizen tuduh Aliff Aziz anak emas Astro, Bella Astillah beng4ng, komen dia memang padu

240
0

DITUDvH sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) kegemaran Astro kerana sering mendapat lagu yang mudah, penyanyi Aliff Aziz menegaskan dia tidak mempunyai hak dalam pemilihan lagu.

Malah, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz menjelaskan semua peserta hanya menjalankan tugasan seperti yang diberikan pihak produksi.

Sama seperti peserta lain, penyanyi berusia 30 tahun ini juga pernah diberikan lagu di luar keselesaannya.

Aliff 1

Status yang dimuat naik Bella.

“Lagu-lagu yang saya dan semua peserta GV nyanyikan setiap minggu merupakan tugasan yang diberikan oleh pihak produksi. Mungkin ada yang berfikir kenapa bagi lagu macam itu.

“Tapi kalau tengok balik minggu ketiga di mana saya dapat lagu Jinbara yang memang bukan genre saya. Sampaikan Datuk Shafinaz pun minta saya berhati-hati.

“Minggu kelima juga saya dapat lagu yang bukan genre saya. Tapi saya faham dan menghorm4ti semua yang beri pandangan.

Mungkin ada yang berfikir kenapa bagi lagu macam itu.

ALIFF AZIZ

PENYANYI

“Cuma kalau kita lihat semula draf, ada waktu lagu susah bukan saya seorang tapi semua peserta,” kata Aliff kepada mStar.

Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu aktres Bella Astilla ber4ng apabila terdapat segelintir pihak menuduh suaminya sebagai peserta kegemaran Astro.

Bella menerusi status yang dimuat naik di Twitter berkata suaminya sepatutnya diberikan lagu yang lebih hebat jika benar-benar menjadi kesukaan produksi.

“Kepada yang tak suka Aliff itu, korang nak macam mana sebenarnya? Selalu cakap Aliff ni kegemaran Astro.

Aliff 2

Bella menjadi salah seorang penari untuk persembahan Aliff di minggu ketujuh konsert GV8.

“Sebab tu dapat lagu senang? Hey come on, sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu menarik.

“Kalau Aliff ni kegemaran, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan?” tulisnya.

Selain Aliff, tujuh lagi peserta masih bersaing di pentas GV8 iaitu Ani Maiyuni, Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Shidee, Sa.YA dan Suki Low.

GV8 menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Shafinaz Selamat sebagai juri tetap.

Sumber : mStar

Previous article“Sekejap lagi kami selamatkan adik, akak janji”- Gara-Gara Hal Ini Ras Adiba Sebak Habis!
Next article“Hayder Dah jdi abang dah..” (Video) Hamil Ank Kedua, Eyra Hazali N4ngis Brpeluk Dgn Suami. Rupanya Dah…
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here