Netizen Bangga Lihat Perubahan MYDIN Dari Kedai Runcit Ke Pasaraya Gergasi

Tular di laman Twitter rasmi milik Mydin yang memuatnaik gambar kedai runcit lama pada tahun 1957 dan gambar pasaraya cawangan barunya di Tanjong, Kota Bharu, Kelantan menjadi perhatian ramai pengguna media sosial.

Foto yang dimuatnaik di Twitter pasaraya terkenal itu, memperlihatkan wajah kedai papan runcit yang dimiliki Mydin suatu ketika dahulu kini bertukar menjadi sebuah pasaraya besar.

Netizen Bangga Lihat Transformasi Mydin

Melihat foto yang dikongsikan Mydin di Twitter, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum mereka tatkala melihat transformasi dari sebuah kedai runcit biasa kepada pasaraya gergasi seperti sekarang ini.

Foto – Twitter

“Wow, mantap Mydin sumber inspirasi ni. Idola”

“Lambat tapi pasti”

“Dari kosong kepada wira, syabas betey”

“Terinspirasi”

“Tahniah Mydin! Dari kedai runcit papan, sekarang nak buka Mydin paling besar pula!!” ciap mereka

Hebat Mydin, dari kedai runcit biasa perlahan-lahan menjadi sebuah pasaraya besar dan miliki banyak cawangan di Malaysia.

Sumber: Murai MY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*