Apabila membuat apa-apa pesanan, bagi golongan selebriti pasti kita merasakan ia semuanya akan diurus pihak pengurus selebriti itu sendiri namun melihatkan posting salah seorang pengguna TikTok yang masuk ruangan fyp mengundang ramai peminat memberikan pujian.
Selebriti terbabit merupakan usahawan, pengacara dan pelakon popular iaitu Neelofa. Video yang dikongsikan oleh pengguna atas nama Suraya Halim setakat ini ditonton lebih 200,000 kali.
Ternyata sikap humble Neelofa menerima pujian pengguna TikTok apabila individu terbabit memuat naik kelakuan baik Neelofa yang turut mendoakannya.
Kelihatan menerusi video yang dikongsikan dimana ia turut menerima ribuan tanda suka ramai, Neelofa dilihat membuat pesanan sendiri kepadanya dan perkara itu membuatkan dia juga mengutarakan rasa syukur.
Katanya diruangan kapsyen, selalunya suami Neelofa iaitu Haris Ismail yang membuat pesanan namun pada kali ini selebriti itu sendiri dan selain menghantar mesej di Instagram, difahamkan Neelofa terus menghantar pesanan di WhatsApp.
Netizen diruangan komen turut mengutarakan rasa kagum melihat sikap humble Neelofa sehingga dia hangat mendapat perhatian di aplikasi tersebut dan dalam pada masa yang sama menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video terbabit.
“First time boleh tengok dp Neelofa”
“Bagus Lofa ikut je arahan”
“So humble”
Sumber:HCL