Home Isu Semasa “Nak brcakap tkut..” Wanita Brpurdah Tiba-Tiba Muncul Dpan Mak, Hnya Brtahan 5...

“Nak brcakap tkut..” Wanita Brpurdah Tiba-Tiba Muncul Dpan Mak, Hnya Brtahan 5 Mnit. Skali Kluar Gubahan Duit!

256
0

banyak perubahan pada anak-anak yang sudah lama ti.dak pulang ke kampung.

Seorang ibu dike.jutkan dengan kehadiran seorang wanita berpurdah ke rumah pada waktu malam.

Siapa sangka di sebalik ‘wanita berpurdah’ itu sebenarnya adalah anak lelakinya yang men.yamar demi kejutan buat ibu tersayang.

Anak lelaki itu, Mohamad Albulqini Mohd Yunus berkata, kejutan itu dibuat di rumah keluarganya di Kampung Kuak Hulu di Pengkalan Hulu, Perak pada Jumaat malam.

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, kali terakhir dia pulang ke kampung pada Jun lalu berikutan lara.ngan merentas daerah dan kesibukan kerja.

“Walaupun saya bekerja dan menetap di Ipoh, di negeri sama tapi saya tak boleh ren.tas daerah sewe.nang-we.nangnya ditambah pula dengan ke.s Co.vi.d-19 yang masih tin.ggi.

“Selain kekangan tugas, saya tak berani nak balik kampung yang akan memberi ri.siko kepada keluarga saya. Bila keadaan makin ok, barulah saya balik,” katanya kepada mStar.

kejutan purdah 3

Albul (kiri) bersama ibu.

Lebih mesra disapa Abul, katanya, dia merancang kepulangannya itu dengan kejutan sempena hari ulang tahun ibunya ke-61 pada 19 Oktober lalu.

Bagaimanapun, dia tidak dapat pulang ke kampung pada hari berkenaan kerana komitmen tugas dan menun.ggu hari cuti pada hujung minggu.

“Saya buat kejutan dengan gubah jambangan bunga duit, belajar dari YouTube. Ambil masa kira-kira sehari untuk gulung kesemua wang kertas tu.

“Saya juga hias lampu pada gubahan bunga untuk nampak cantik kerana kejutan dibuat pada waktu malam,” ujarnya yang berasal dari Pengkalan Hulu.

kejutan purdah 4

Bapa (kanan) dan ibu Albul.

Menurut anak kelapan daripada 10 adik-beradik itu, dia berpakat dengan adik bongsu perempuannya yang berusia 21 tahun bagi membuat kejutan ‘wanita berpurdah’

“Adik saya dulu belajar di sekolah pondok dan antara rakan-rakannya berpurdah. Jadi saya men.yamar jadi salah seorang rakan adik dengan berpurdah bila pulang ke rumah.

Tak lama pun saya berlakon sebab tak sampai hati nak tipu mak. Pada masa sama saya nak gelak selain terpaksa cover buat suara kepit

MOHAMAD ALBULQINI MOHD YUNUS

“Purdah tu saya pinjam daripada adik sendiri yang saya jumpa pada sebelah petang. Sampai di rumah, saya men.yamar kononnya kawan lama adik dari Kulim,” tambahnya.

Namun penya.maran tidak mudah disangka kerana perlu mengu.rangkan perbualan dalam pertemuan tersebut kerana su.kar untuk bercakap menggunakan suara wanita.

kejutan purdah 2

Albul (hadapan, tiga dari kiri) bersama keluarga.

“Saya cakap sikit je sebab takut terkeluar suara jantan. Mak pelik kenapa ‘kawan adik’ cakap macam tak nak cakap. Mujur adik pandai cover line dan bercakap bagi pihak saya.

“Tapi tak lama pun saya berlakon sebab tak sampai hati nak tipu mak. Pada masa sama saya nak gelak selain terpaksa cover buat suara kepit,” ujarnya sambil menambah penyamaran tersebut hanya bertahan selama lima minit sebelum identiti sebenar didedahkan.

Selain itu, Abul yang berkhidmat sebagai renjer hutan berkata, tidak mudah baginya berpurdah kerana pemakaiannya berlapis membuatkan dirinya mudah berpeluh.

“Kejutan dibuat kerana lama tak jumpa mak. Minta maaf jika ada yang tersinggung dengan lakonan saya berpurdah atau membuatkan mereka rindu pada arwah ibu masing-masing.

“Terubat rindu pada keluarga bila balik kampung. Best dapat makan nasi lemak air tangan mak,” katanya sambil menambah ibunya berniaga nasi lemak selama lebih 20 tahun

Sumber: Mstar

Previous article[VIDEO] “Pergh 1jam 1M view..” Tular Baby Shima Join Squad Jerung?. Skali Lain Yg Netizen R!sau- ‘Patot la 1jam 1M’
Next article“Sbelumtu sy trima stu pnggilan, tpi..” Awie Sebak Ats keh!langan Pnerbit & Pengarah Trkenal
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here