Home Hiburan Nak beli susu kambing, terbeli susu untuk kambing

Nak beli susu kambing, terbeli susu untuk kambing

176
0

Salah faham berkenaan produk susu kambing antara seorang peniaga dan pelanggannya menjadi tular di media sosial.

Melalui perkongsian di Facebook Visit Melaka, difahamkan pelanggan lelaki tersebut menghubungi peniaga berkenaan untuk membeli susu kambing.

Bagaimanapun, peniaga itu yang tidak berada di rumah ketika itu hanya meminta pelanggannya mengambil sendiri susu kambing berkenaan di rumahnya.

Capture 445 1

Apa yang mengejutkan ialah apabila tidak lama kemudian, pelanggan berkenaan menghubungi semula peniaga itu untuk bertanyakan mengenai susu itu yang didapati dalam bentuk susu tepung, bukan susu segar.

Lelaki berkenaan juga memaklumkan telah meminum segelas susu tersebut.

Terkejut dengan pertanyaan itu, peniaga tersebut memaklumkan bahawa dia tidak menjual susu kambing segar, sebaliknya hanya menjual susu untuk diberikan kepada anak kambing.

Sedar akan salah faham yang berlaku antara kedua-dua individu itu, peniaga berkenaan menawarkan untuk memulangkan semula duit pelanggan itu, tetapi tawaran tersebut ditolak.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan apa yang berlaku antara dua individu itu.

“Kelakarlah. Alhamdulillah orang yang dah minum susu untuk kambing tu sabar. Kalau tak, mahu disam4nnya tukang jual tu,” kata Uteh.

Komen Netizen:

Capture 443

Capture 444 1

“Astarghfirullah. Sempat terminum tu. Aduh, gelak besar aku,” kata Zaidan.

“Apa-apa pun, tabik dengan mereka ini. Baik pembeli mahupun penjual, sama-sama minta maaf. Siap boleh gelak-gelak lagi, tak ada nak salahkan satu sama lain,” kata Insan Terpilih.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.kosmo.com.my/

Previous article“Dar4h Dekat B1bir I Tahu You Tah4n S4kit,” – Bola Boling Hemp4p Muka, Jinggo Puji Semangat Sheila Rusli
Next article“Merom4ng Bulv Den!” – Gelagat Aaron Dan Gambit Lakonkan Watak Lel4ki G4y, Netizen Tergel4k Teng0k
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here