Home Isu Semasa ” naik kapcai je tawan berpuluh negara” – (Video) Psngan suami isteri...

” naik kapcai je tawan berpuluh negara” – (Video) Psngan suami isteri Twan Brpuluh Ngara ,pling Ngeri Llu Jlan Kdua Trtinggi Di Dnia.

167
0

TANPA keberanian, mimpi tak akan menjadi kenyataan.

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan semangat pasangan suami isteri ini yang tekad mengembara beribu-ribu kilometer sehingga ke benua Eropah.

Apa yang menariknya, pasangan ini menggunakan jalan darat dengan hanya menunggang sebuah motor kapcai untuk ke setiap destinasi!

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Alfishahrin Zakaria berkata, misi kembaranya yang turut disertai isteri, Diana Latief, 34, bermula pada April 2017 dengan destinasi utamanya adalah kota London.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Pasangan ini yang menunggang motosikal Honda RS150R berjaya menamatkan misi dalam masa 146 hari dan terus mengibarkan Jalur Gemilang di Kedutaan Malaysia di London sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60.

“Trip pertama pada 2017, misinya adalah sempena merdeka. Setiap kali keluar mengembara memang ada misi, seperti pada 2018 misinya adalah ke Piala Dunia di Rusia dan pada 2019 misi bantuan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Syria.

“Idea untuk menggunakan kapcai ni, pertamanya kerana ia menjimatkan kos. Saya juga nak membuktikan, walaupun guna kapcai, atau apa kenderaan sekali boleh sampai juga. Syaratnya, semangat dan mental kena kuat,” ujar lelaki berusia 35 tahun ini.

passu pakistan

Laluan bergunung di Passu, Pakistan.

Ditanya bagaimana bermulanya misi kembara bersama motosikal kapcai, Mohd Alfishahrin berkata pada peringkat awal dia hanya meneroka ke negara-negara Asean.

“Mula-mula saya start masuk Thailand dan negara-negara Asean. Bila saya kaji, jalan darat rupa-rupanya boleh sampai ke Eropah. Dari situ saya menanam satu impian untuk mengembara ke Eropah menggunakan jalan darat,” ujarnya.

Setakat ini sudah berpuluh negara sudah ditakluk Mohd Alfishahrin dan isteri bersama motor kapcai mereka.

greece

Kembara kapcai Mohd Alfishahrin turut menawan Greece.

Antaranya termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, Turki, Armenia, Georgia, Greece, Mentenegro, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Belanda, Belgium, Austria, Switzerland, Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom.

Sudah tentunya sepanjang tiga kali trip ekspedisi ini, pelbagai kenangan p4hit dan manis ditempuhi pasangan ini.

“Kenangan yang tak boleh saya lupa, yang saya anggap pengalaman ngeri adalah ketika melalui jalan di Ladakh, India. Ia laluan bergunung dan jalan raya kedua tertinggi di dunia. Ketika itu saya terikut geng motosikal lain dari India.

cappadocia

Mengabadikan kenangan manis di Cappadocia.

“Sudahlah waktu malam, jalan pula licin sebab bersalji. Masa tu terasa menyesal tapi nak patah balik pun gelap dan jauh. Memang tawakal sajalah masa tu.

“Menyesal dan marah pun tak guna. Saya cuma berpegang prinsip, mulut kena jaga, hati kena jaga. Memang kena positif sebab kita mus4fir. Tapi saya tak serik, kalau ada peluang, nak repeat lagi ke sana.

“Kenangan manis pula terlalu banyak. Namun apa yang mengajar saya sepanjang ekspedisi, kita boleh melihat perbezaan antara negara moden dan negara kurang membangun. Ia mengajar kita erti bersyukur,” ujarnya yang menggunakan nama pena Kapcaipackers di Instagram untuk berkongsi momen kembaranya bersama pengikut.

Kenangan yang tak boleh saya lupa, yang saya anggap pengalaman ngeri adalah ketika melalui jalan di Ladakh, India.

MOHD ALFISHAHRIN ZAKARIA

Memandangkan sempadan di kebanyakan negara sudah dibuka, Mohd Alfishahrin yang merupakan seorang runner dari Klang berkata dia berhasrat untuk memulakan kembaranya pada tahun hadapan, sekiranya ada peluang dan kesempatan.

“Saya berimpian nak sambung menakluk Eropah sebab masih ada lagi negara yang belum sempat takluk dengan jalan darat,” ujarnya.

misi bantuan

Misi kembara pada 2019 bersama Mapim.

Menggunakan laman sosial Facebook dan Instagram sebagai medium utama perkongsian momen kembaranya bersama isteri, Mohd Alfishahrin tidak menyangka percubaannya untuk memuat naik video di TikTok meraih sambutan yang sangat tidak dijangka.

“Saya suka meneroka segmen baharu di mana di TikTok ini kebanyakannya generasi muda. Jadi saya guna medium ini bukan saja untuk share video tetapi info-info penting untuk seorang pengembara.

rusia

Misi kembara ke Rusia sempena Piala Dunia pada 2018.

“Saya suka kongsi sebab nak galakkan orang untuk melihat dunia. Tak payah tunggu kaya. Dengan cara bajet dan buat kajian pun dah boleh pergi. Bagi saya, persediaan mental, duit dan masa adalah tiga benda yang mesti ada untuk seseorang keluar mengembara,” ujarnya lagi.

Sumber:mStar

Previous article“Sykur Allah jmput kmi mlalui ustaz” – Ebit Lew Ziarh Ibu Bpa Zulfarhan, Hdiahkan Tiket Pkej Umrah.
Next articleDS Rossa Kngsi Foto Terbaru Di IG, Sekali Iqbal Masuk Komen Tarik Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here