Home Dakwah “Nabil Ahmad Dah Lain…” – Gara gara Kongsi Solat 17 Rakaat, Ramai...

“Nabil Ahmad Dah Lain…” – Gara gara Kongsi Solat 17 Rakaat, Ramai Yg Cerita Hal Sebenar

231
0

Menerusi halaman aplikasi Tiktok milik Inche_lebah, beliau ada berkongsi satu klip durasi pendek perihal Nabil Ahmad mengenai solat 17 rakaat sebelum subuh. Beliau menegaskan artis yang menyeru dakwah dan mengajak untuk berbuat kebaikan ini seperti hujan yang turun, kalau jernih air yang turun maka bersih la sekitarnya, sebalik nya jika keruh maka buruk lah akibat nya pada masyarakat. Oleh itu, tindakan nabil yang sentiasa menyelitkan bait bait atau kalimat kalimat dakwah di setiap pelosok atau peluang yang beliau ada sentiasa mendapat tempat di hati warganet.

Namun, ada juga yang tidak senang dengan perkongsian Nabil, ada juga mengatakan ianya akan mendatangkan riak di hati.

Lihat apa kata orang ramai:

“Korang ni tau nk kecam jer.. Dia nk ajak kita kita ni qada lah solat yg tertinggal cara nya 17 rakaat 2subuh 4zohor 4asar 3 maghrib 4 Isyak.. Tu lah maksud.. Korang kecam tu dah qada ke… Sikit sikit riak takbur.. (Done back up nabil) semoga kau berikan idea lg pada org ramai utk qada.. Semoga masuk syurga firdaus”

“Tiada makna solat semata mahu menunjuk warak….inilah jenis bermuka2.”

“Orng fb tak perna serius, lah doa lh baik” , jngn jadi mcm kaum luth, apa bila dia nmpak pejuang islam drang trus duk kat geng” suci, duk perli bagai”

Lihat video dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Sebelum ini, Nabil menegaskan beliau juga menghadapi ujian dalam menjalankan dakwah.

“Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal.

“Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terl4lu mem4ksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah,” katanya.

Solat 17 rakaat yang dimaksudkan Nabil itu ialah solat fardu lima waktu iaitu Subuh (2 rakaat), Zohor, Asar dan Isyak masing-masing empat rakaat dan Maghrib (3 rakaat)

Dalam usaha berkongsi kebaikan, Nabil memberitahu cabaran yang paling suk4r adalah membuatkan isterinya, Nazirah Ayob faham setiap kali meninggalkan rumah dengan tempoh masa yang lama.

“Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham.

“Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.

“Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tinggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat. Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah. Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok & Daebakingz

Previous article“Saya Dulu Pun Takut Nak Buat Perkara Macam Tu,” – Oktovia Manrose Risau Drama Tempatan Semakin ‘Daring’, Suami Tetap Beri Kepercayaan 100%
Next article“Otai Legend ni..” (Video) Lan Pet Pet Sempat Menyanyi Bila Dirakam. Skali Ini Yg Jadi Bualan Netizen
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here