Home Hiburan kini Neelofa Sekali Lagi Mencvri Perhatian Selepas ‘Unboxing’ Barang Bayi

[VIDEO]kini Neelofa Sekali Lagi Mencvri Perhatian Selepas ‘Unboxing’ Barang Bayi

226
0

JIKA sebelum ini tular foto perutnya semakin membesar, kini Neelofa sekali lagi mencvri perhatian selepas berkongsi beberapa produk bayi yang diterimanya baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi usahawan itu baru-baru ini, dia menerima beberapa kotak mengandungi barangan keperluan bayi seperti tisu lembap dan baju.

Video;

Difahamkan, ada produk yang ditunjukkan olehnya merupakan barangan bayi daripada sebuah jenama popular di Jepun.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada semua produk tersebut dibeli atau diberikan kepadanya sebagai hadiah.

Walaupun masih mengunci mulut mengenai kehamilan dan usia kandungan, perkongsian sebegitu menambahkan lagi peratus pengesahan terhadap semua khabar angin yang masih tidak bernoktah.

Nampaknya, tarikh kelahiran bayi sulung pasangan paling popular di Malaysia bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Pasti ramai teruja termasuklah para peminatnya yang tidak henti-henti mendoakan semoga setiap urusan kelahiran bayi bekas pemenang Dewi Remaja itu dipermudahkan.

“Rasa nak menjerit ketika melihat video yang dikongsi Neelofa ini. Tak tahu kenapa gembira sangat, semoga dipermudahkan,” komen seorang netizen.

“Bila sudah beli barangan bayi, bermaksud telah memasuki fasa baharu. Tak sabar nak lihat bayi Neelofa,” kata seorang pengguna TikTok.

Ramai masih tertanya-tanya usia kandungan Neelofa. Anda rasa bila agaknya dia dijangka melahirkan?

Komen netizen:

photo 2021 11 28 11 07 39

photo 2021 11 28 11 07 39 2

Sumber: Kosmo

 

Previous article”Persis Anak D4ra”- Penampilan Terkini Ayda Jebat Buat Ramai Terkejut
Next article“Dia Punya Loghat..Style!”-Gaya Izara Aishah Jawab Soalan Live Raih Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here