Home Hiburan Minat sukan, disuruh jadi tentera… anak akur permintaan arw4h bapa! Kakak tak...

Minat sukan, disuruh jadi tentera… anak akur permintaan arw4h bapa! Kakak tak sangka dapat rakam renungan terakhir masa jumpa di akademi

275
0

SIAPA sangka, pandangan si ayah ketika berkesempatan bertemu seketika dengan anak lelaki bongsunya yang sedang mengikuti latihan tentera, rupa-rupanya adalah tatapan terakhir sebelum menutup mata buat selamanya.

Lebih memilukan, lelaki berkenaan ‘pergi’ terlebih dahulu sebelum sempat menunggu anaknya tamat menjalani latihan perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dijadualkan tamat pada April depan.

Video yang sempat dirakam ketika pertemuan singkat tersebut kini menjadi kenangan terindah untuk mengubati rindu terhadap ayah kesayangan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Suhaili Soeid berkata bapanya, Soeid Abdul Razak, 66, menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua bulan selepas adik lelaki bongsunya, Sofian, menjalani latihan di Akademi Tentera Udara Ipoh.

minat sukan disuruh jadi tentera anak akur permintaan arwah bapa kakak tak sangka dapat rakam renungan terakhir masa jumpa di akademi viral mstar 61e8eb866d59d

“Sebenarnya adik kami yang dipanggil Yan (Sofian) lebih suka bidang sukan, tapi arw4h abah yang galakkan dia masuk tentera. Jadi dia akur dengan hasrat abah. Banyak kali mohon tapi belum rezeki.

“Hinggalah sikit lagi sebelum lepasi had umur 25 tahun, barulah ada rezekinya. Kami sekeluarga hantar dia masuk akademi pada Oktober 2021.

“Kemudian 10 hari selepas itu, kami sekali lagi ke akademi untuk ambil barang-barang peribadinya sebab mereka tak boleh pegang handphone dan lain-lain.

“Abah teruja sangat nak jumpa Yan. Tapi dalam pertemuan singkat tu, abah tak banyak cakap, cuma banyak senyum. Yan yang banyak pesan suruh abah jaga kesihatan dan tunggu dia April nanti. Tak sangka abah tatap je muka Yan.

“Rezeki kami dapat capture momen tu. Mungkin abah dah rasa dia dah nak pergi selamanya,” cerita wanita berusia 40 tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sofian mencium wajah arw4h bapa buat kali terakhir.

Menurut Suhaili, arw4h bapanya sememangnya akrab dengan Sofian memandangkan adik lelakinya itu masih bujang dan tidak pernah berjauhan daripadanya.

“Kiranya bila masuk akademi, inilah kali pertama mereka berjauhan untuk tempoh lama sebab Yan perlu jalani latihan enam bulan. Abah selalu sebut-sebut pasal Yan sepanjang ketiadaannya di rumah.

“Lagipun tak boleh berhubung selalu sebab Yan tak dibenarkan simpan telefon bimbit, hanya jika hal kecem4san saja melalui pegawainya. Kami perasan, kesihatan abah merudum selepas Yan pergi ke sana.

“Kemudian abah selalu cakap nak pergi ‘rumah’ Cik Ani, iaitu kubur arwah ibu kami yang men1nggal dun1a 10 tahun lalu akibat kanser pangkal rahim,” cerita anak kelima daripada 13 adik beradik ini lagi.

minat sukan disuruh jadi tentera anak akur permintaan arwah bapa kakak tak sangka dapat rakam renungan terakhir masa jumpa di akademi viral mstar 61e8eb869b746

Sofian sangat akrab dengan arw4h bapanya.

Bercerita lebih lanjut, Suhaili berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 23 Disember 2021 akib4t sakit tua.

“Walaupun ada kencing manis dan darah tinggi, tapi abah bukan ‘pergi’ sebab peny4kitnya sebab kami selalu buat pemeriksaan kesihatan untuk abah. Abah sihat cuma dia kurang makan. Mungkin abah sebenarnya menanggung rindu.

“Masa abah naz4k di rumah, kami call pegawai di akademi untuk maklumkan kepada Yan. Baru nak bagi Yan bercakap kali terakhir dengan abah, abah dah ‘pergi’ dulu.

Abah sihat cuma dia kurang makan. Mungkin abah sebenarnya menanggung rindu.

SUHAILI SOEID

“Syukur akademi tak jauh dengan rumah abah sebab dalam Ipoh juga. Yan sampai rumah diiringi pegawainya, dia terus meluru peluk jenazah abah. Alhamdulillah, Yan dapat uruskan abah dari saat memandikan hinggalah pengebumian.

“Walaupun seperti down kerana abah dah tiada, tapi kami bagi kata-kata semangat untuk Yan bawa hasrat abah untuk menjadi seorang tentera yang berbakti kepada negara,” katanya lagi.

minat sukan disuruh jadi tentera anak akur permintaan arwah bapa kakak tak sangka dapat rakam renungan terakhir masa jumpa di akademi viral mstar 61e8eb86d725b

Suhaili bersama adik-beradiknya sangat rapat dengan arw4h bapa mereka selepas pemergian ibu 10 tahun lalu.

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok meraih melebihi 800,000 jumlah tontonan, Suhaili berkata dia terharu apabila ramai warganet turut mendoakan arw4h bapanya.

“Saya muat naik memang untuk simpan sebagai kenangan kami sekeluarga namun tak sangka jadi viral. Namun saya bersyukur ia sedikit sebanyak dapat beri mesej kepada orang lain agar sayangi orang tua masing-masing.

“Mungkin ada antara kita hanya ungkap sayang dekat mulut tapi tiada tindakan. Bila orang tua dah tiada kelak, kita dah kehilangan doa mereka… waktu itu memang rasa ‘lost’.

“Jadi selagi masih ada hayat, buktikan kita sayang kepada mereka… sekurang-kurangnya mereka ‘pergi’ dengan tenang,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Capture 351

Capture 352

Capture 353

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Previous article“Ibu Check Dulu Dengan Harapan Aafiyah Tak T4kut…” – TokTi Bawa Anak Jumpa Dentist, Alamak Banyak Cara Dah Pvjuk Ni
Next article[Vide0] Athisha Khan Selamat Bertunang, Netizen Titip Ucapan Tahniah & Doa
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here