Home Hiburan “Meremang Betul Dengar..” – Khai Bahar Payung Lagu Hanya Segenggam Setia

“Meremang Betul Dengar..” – Khai Bahar Payung Lagu Hanya Segenggam Setia

242
0

Muhammad Khairul bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki dari Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule daripada peminat beliau. Khai Bahar mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 6 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih hamper 50 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Planet Muzik, Top Hot HOT FM dan Anugerah Digital Muzik ERA.

Menerusi halaman tiktok Rusa Music, satu video tular dan berjaya memikat hati peminat seni muzik tanah air. Video tersebut menunjukkan Khai Bahar yang selamba menyanyikan lagu Hanya Segenggam Setia oleh Rahmat. Video tersebut mendapat sebanyak 50 ribu tontonan dan mendapat komen yang positif daripada netizen. Ramai yang memuji keunikan dan ketinggian vokal Khai.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Mimieeee🌿:khai telan muzik ke dari dulu minat dia

@lopak tikam:blh la,tp xleh lawn ori sbb lbih mantul

@ZakiHalim:ini baru penyanyi

@anesariani845:woow kren lagu nyanyian lagu nya

@𝓕𝓪𝔃𝔃𝓔𝓻𝓪 𝓐𝔃𝓱𝓪𝓻:Sedapppnyaa.. telan buluh betong ke khai

@fadhamid_1903:sebiji suara mcm aku

Min suka betul lah dengan Khai Bahar ni. Suara dia betul-betul unik. Tak ramai penyanyi yang boleh nyanyi macam dia. Apa-apa pun, min doakan yang terbaik untuk khai. Semoga terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan terus bersinar dalam seni tanah air. Komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Sedap Betul Suara Dia, Macam Fabio Asher Dah..” – Remaja ‘Busking’ Di Sabah Pikat Hati Pendengar
Next article“Tu Makan Dia…”-Awie Bengang Menantu Naik Tgn Lepas Kawin,Tk Sangka Ini Yg Terjadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here