Home Hiburan “Memang K3cut P3rut Tapi…”- Mengaku Mengid4m Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah...

“Memang K3cut P3rut Tapi…”- Mengaku Mengid4m Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikec4m

115
0

Pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan situasi sebenarnya selepas aksi melompat di kolam renang ketika sarat mengandung dengan berkasut tumit tinggi menerima pelbagai reaksi termasuk kec4man.

Elfira mengaku dia berasa mengidam untuk melakukan aksi melompat itu meskipun tahu ia agak berb4haya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy


“Masa nak lompat memang fikir sama ada nak buat ke tak dan lihat macam dekat saja. Jadi untuk bekas athlete lompat jauh ni, saya rasa macam ‘kacang’ saja.

“Tapi bila sampai dengan memang k3cut perut. Tapi rasa nak sangat, Rasa ‘nak’ yang macam orang mengid4m nak makan sabvn tu.

“Saya mengid4m nak lompat ni sebab saya dah rancang lama. Tapi saya memang tak cadangkan buat sesiapa yang tak ber4ni untuk lompat,” katanya.

Elfira menjelaskan perkara tersebut di Insta Story subuh tadi.

Semalam menerusi kemas kini di akaun Instagram milik Elfira, dia memuat naik video aksi melompat dari tengah kolam ke tepi kolam dengan memakai kasut tumit tinggi.

Menurutnya jika memikirkan tentang perkara burvk yang akan berlaku banyak sebab boleh terjadi.

“Kalau nak fikir ‘kalau jadi apa-apa macam mana’. Banyak lagi kalau nak jadi boleh terjadi. Jadi saya percaya Allah lindungi.

“Saya baca doa sebelum lompat tu (terima kasih sebab risau fasal saya). Bila dah buat barulah saya fikir kenapalah saya buat hehe,” kesalnya.

Dalam pada itu, Elfira sempat menjelaskan mengapa dia memilih memakai kasut tumit tinggi ketika hamil.

“Saya banyak tersadung jika pakai flats dan kasut sukan dari pakai kasut tumit tinggi. Sebab tu saya berlari memakai kasut tinggi bukan sandals. Kawan-kawan saya semua tahu.

“Jadi kasut tinggi yang kecil ini seperti kasut sandal bagi saya. Kita dibesarkan dengan cara berbeza okay,” ujarnya.

Semantara itu menerusi satu posting di insta story berikutnya Elfira sempat mengulas mengenai tindakannya yang mengundang kecaman orang.

“Fasal orang suruh saya bersedia dengan kecaman. Saya rasa kalau orang itu jenis suka cakap buruk fasal orang lain itu memang perangai semula jadi anda.

“Saya ada ramai kawan yang mengambil berat tentang saya dengan mengeluarkan kata-kata yang baik kerana mereka mengenali saya.

“Jadi saya tak kisah dengan kecaman. Saya pun dah tua. Tak kuasa dan nak kisah fasal mulut orang. Tu korang punya fasal lah,” tegasnya.

Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.elfiraloylompatko

Sumber: Gempak

Previous article“Sorang terkucil, sorang lupa lirik”- Ini respon Naim Daniel setelah dilabel sumbang di AJL36
Next article“Sebiji Rupa Mak Dia”- Peminat Puji Wajah Ank Sulung, Dahla Cantik Seiras Elyana Pulak Tu
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here