Usahawan makanan, Kieda Crepe, mengumumkan komitmennya untuk memberikan bonus raya kepada semua pekerja dengan menggunakan dana simpanan peribadi. Melalui entri TikTok-nya, Kieda mengakui mengambil inspirasi dari amalan pengaruh terkenal, Khairul Aming, dalam menghargai kakitangan.
Dia menyatakan bahawa dia terpaksa menggunakan dana simpanannya sendiri untuk memberikan bonus kepada pekerja kerana hasil jualan semasa bulan Ramadan tidak mencapai sasaran yang diingini.
Pada mulanya, dia tidak berniat untuk memberi ganjaran kepada semua pekerjanya. Tetapi, Kieda memutuskan untuk menggunakan dana simpanannya sendiri sebagai tanda penghargaan kepada stafnya yang telah bekerja keras selama ini.
“Memang betul saya tiru cara Khairul Aming, saya suka cara memberi kebaikan untuk orang lain. Jangan marah saya tau…”
“Kieda tutup kedai last minit sebab nak buat kejutan untuk team work Kieda yang mana semua dah tahu bulan ni sales memang jatuh teruk sangat dan bonus raya tak dapat…”
“Tetapi saya dan team lain bekerja keras tak putus asa sebab kita yakin dengan rezeki Allah dan kita berusaha ada hasilnya. Hari ini buat kejutan untuk staf-staf, saya keluarkan wang simpanan sendiri untuk diberikan bonus bagi menghargai staf yang dah berjuang dengan saya walaupun sales drop…”
“Saya beritahu kepada staf, tahun ini saya beri bonus melalui simpanan sendiri dan bukan simpanan syarikat. Saya nak pastikan semua team saya beraya dengan gembira dan dapat berbelanja lebih untuk keluarga…”
“Kita tak dapat keluarkan duit syarikat sebab tak capai target, untuk bulan Ramadan tahun ini bulan yang teramat struggle untuk saya dan peniaga lain…”
Lihat posting di bawah:
@kiedacrepepenang “TIRU KEBAIKAN DEMI KEBAHGIAAN” Dan Demi sebuah senyuman🩷 Ku korbankan segalanya . Selesai bahagian semua staff . Allah izinkan 🤲🏻 Gaji , Bonus , keperluan rumah🤍 Thankyou Allah @AmykiedaMerchadise @KiedaCrepeHouse 🫂 #kiedacrepe #kiedacrepehouse ♬ Hal Hebat (Acoustic) – Govinda
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.