Pelakon jelita Intan Ladyana, 39, akhirnya berkongsi wajah puteri sulungnya, Evie Khadeeja hasil perkahwinan bersama penyanyi Harris Alif, 22 menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram milik mereka.
Gambar keluarga yang cukup manis disantuni dengan wajah puteri sulung mereka yang manis, putih gebu di tengah. Boleh dikatakan seperti keluarga yang saling melengkapi kecantikannya!
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang turut teruja melihat wajah comel Khadeeja tenang tidur di samping ibu bapa tercinta.
Meskipun masih kecil, namun wajah Khadeeja saling tak tumpah cantik seperti ibunya, Intan yang sungguh menawan.
Meninjau ke akaun Instagram Harris sempat menitipkan ucapan Ramadan kepada pengikutnya serta tampak sangat teruja dengan gambar pertama keluarga bahagianya.
Terdahulu, pasangan sejoli ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 31 Januari jam 11:40 malam.
View this post on Instagram
Sumber: xtra