Home Hiburan “Masuk Kubvr, Timbvs”- Anju Nk Watak Ustazah, Sekali Ayat PU Rahmat Jadi...

“Masuk Kubvr, Timbvs”- Anju Nk Watak Ustazah, Sekali Ayat PU Rahmat Jadi Bualan Netizen

116
0

Sinonim dengan imej s3.ksi dan bermulut lantang, pelakon sensasi Zarina Anjoulie bagaimanapun ingin menjadi wanita baik-baik, contohnya ustazah sebagai watak lakonannya.

Zarina atau mesra disapa Anju mahu memberikan kelainan dan mengelak daripada membawakan watak klise yang selalu dimainkan oleh pelakon lain, sekali gus satu cabaran baharu buat dirinya.

“Saya sebenarnya teringin hendak bawakan watak seorang ustazah. Watak sebegitu memang menarik, selain akan membuatkan penonton teruja untuk melihat saya dalam televisyen.

“Saya tidak kisah jika terpaksa mencabut bulu mata palsu dan memakai tudung labuh jika perlu membawakan watak seorang ustazah. Tidak salah rasanya jika saya tampil dengan kelainan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui semasa majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa di Hadramawt Kitchen di Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini, Zarina turut mengakui menerima banyak tawaran berlakon sepanjang tempoh ‘berehat’ sejak beberapa tahun lalu.

Bukanlah berlagak diva, Zarina terpaksa menolak tawaran tersebut atas beberapa faktor, terutama apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya.

“Memang dah lama saya tidak berlakon dan menolak banyak tawaran kerana tidak boleh jauh dengan anak.

“Kebanyakkan penggambaran perlu dilakukan di luar Kuala Lumpur dan Nilai. Namun, saya sedia mempertimbangkan sebarang tawaran,” ujarnya.

Mengenai pembabitannya dalam filem Hantu Kuat Ketawa dengan membawakan watak Datin Nilam, Zarina terbuka hati untuk berlakon dalam filem arahan Mawi itu kerana terlalu meminati penyanyi itu.

“Sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) lagi saya memang minat dengan Mawi. Jadi, apabila ditawarkan berlakon bawah arahannya, sudah tentu sukar untuk saya tolak.

“Lagipun jalan cerita filem ini cukup menarik. Selepas mendapat tawaran saya terus berikan persetujuan,” ujarnya.

Selain Zarina, filem Hantu Kuat Ketawa yang akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 27 Januari ini turut dibintangi pelakon Saiful Apek, Syanie dan Along Cham.

Dalam pada itu, bekas pencetus ummah, PU Rahmat tampil menegur artis yang ingin melakonkan watak ustazah kerana untuk mendapatkan keinsafan

“Ada seorang artis kata nak berlakon watak ustazah untuk dapatkan keinsafan. Ginilah, kalau nak insaf elok berlakon watak kena kafan.masuk kvbur dan timbus”

zarina anjoulie idam watak ustazah sekali pu rahmat ada bagi cadangan lain 61e9371d5bd03

Dah tentulah aku kejar duit dulu – Zarina Anjoulie

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie, tidak melihat keperluan untuk bersusah payah berada di set penggambaran demi bekerja sebagai pelakon kerana tugas sebagai pempengaruh media sosial lebih memberikan pendapatan lumayan buat dirinya.

Menurut Zarina, dia tidak menolak tawaran berlakon tidak pernah putus namun perlu bertindak bijak memilih dan membuat keputusan yang mana lebih berbaloi.

“Ramai wartawan yang tanya kenapa saya dah lama tak berlakon? Dah tiada job atau tiada tawaran disebabkan kontroversi?

“Sentiasa saja ada tawaran itu. Tapi kalau kerja saya sekarang sebagai seorang pempengaruh jauh lebih berganda gajinya dan boleh santai, kenapa saya patut pergi ikut penggambaran yang menawarkan gaji kurang dan kerja penat macam anjing?”katanya.

Zarina meluahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada malam tadi.

zarina anjoulie idam watak ustazah sekali pu rahmat ada bagi cadangan lain 61e9371e2dc88

Terdahulu, Zarina menghadiri majlis sidang media filem Hantu Kuat Ketawa yang diadakan di ibu kota pada sebelah siangnya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah pengarah dan penerbit filem tersebut, Mawi dan barisan pelakon lain iaitu Saiful Apek, Syanie, Anas Tahir dan Along Cham.

Selain itu, Zarina juga menjelaskan bahawa keputusannya untuk tidak menerima tawaran berlakon dengan mudah kerana cukup tahu mengenai soal bayaran standard buat pelakon-pelakon dalam industri.

“Gaji penggambaran seminggu saya boleh buat dalam masa dua hari dengan melakukan rebiu cuma di rumah. Jadi buat apa saya nak susah payah pergi ke set penggambaran sampai pagi buta tinggalkan anak cuma untuk itu?

“Di mana logiknya?Umur saya sudah 35 tahun. Jadi dah tentulah saya akan kejar duit dulu, glamor kemudian. Adakah saya merindui dunia lakonan? Ya. Tapi tak sanggup lagi nak pergi ke set penggambaran macam zaman dulu.

“Tahulah industri Malaysia ini sedih bila bab bayaran itu dan ada juga yang tak dapat bayaran langsung. Jadi, buat apalah nak buat kerja susah bila kerja senang ada dan lagi seronok sebagai pempengaruh,”katanya.

Sumber : ts

Previous article“Berbau nasi minyak laa..” Jari Bentuk Hati, Wany Hasrita Jadi Tumpuan. Sekali Ini Yg Netizen Prasan!
Next articleEkin Tertekan Ramai sp3ku Rumah Tangga Goyah Kerana Tak Hadir Pelancaran Filem Mawi
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here